13 November 2013

Skema soalan no 8 Kertas 3 Sejarah SPM 2013



Kertas 2 Sejarah SPM dah pun selesai tengahari tadi .. 


Tepat jam 12.30 tengahari, sempat cikgu pergi kat depan dewan peperiksaan ... debar dengan harapan ...

Lalu cikgu didekati pelajar-pelajar .. semuanya senyum ..

"alhamdulillah cikgu .. 90% keluar  .. "
"iya cikgu .. kebanyakan semua keluar  ..."
"cikgu ..  senang cikgu .. semua keluar .. "


"Okey .. bersyukurlah. Dah jangan difikir lagi .. tumpukan pada kertas 3 pula esok .."

 "Oh ya boleh beri kat cikgu soalan esei .. cikgu nak buat kenangan .." 

Aku perhatikan soalan esei. Satu persatu ...    "Alhamdulillah ... "


 Esok .. KERTAS 3 PULA ..

Berikut antara jawapan rumusan yang cikgu rasa boleh digunakan untuk kertas 3 esok ..


8. Rumusan [5 markah]

Melalui tajuk ini, saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau.
.
Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara. Selain itu Asean juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara

Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.

Selain itu, iktibar kepada rakyat Malaysia ialah rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum. 

Sehubungan dengan itu, iktibar kepada negara ialah negara Malaysia hendaklah menjaga dan  mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.

Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan. Sekiranya semangat iniberkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.

28 October 2013

Soalan & isi-isi jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 .. contoh .. (bil 3)



inilah suasana pelajar tak lama lagi ..

Assalamualaikum .. salam semua ..

Berikut adalah contoh soalan dan isi-isi yang boleh digunakan sebagai jawapannya.

Oh ya, adik-adik pelajar-pelajar semua perlu kembangkan isi-isi berikut .. buat dalam bentuk esei. Gunakan penanda wacana bagi jadikannya ayat yang seterusnya okey ..

Soalan

Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

Jawapan:

·         Menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua negara jiran
·         Menjalankan dasar anti komunis
·         menyertai pertubuhan negara-negara asiaTenggara (ASA)
·         Menyertai pertubuhan Maphilindo
·         Menyertai pertubuhan ASEAN
·         Deklarasi Kuala Lumpur 1971
·         Penubuhan ZOPFAN
·         Menyokong  keamanan dan kestabilan rantau  Asia Tenggara
·         Tidak bersekongkol dengan kuasa barat
·         Mengelakkan campurtangan asing
·         Tidak mencampuri  hal ehwal dalaman negara Asia Lain
·         Zon Bebas senjata Nuklear
·         Tidak benarkan kapal kuasa nuklear gunakan laluan Asia Tenggara
·         Hantar pasukan pemerhati ke Kampuchea pada 1990 di bawah panji PBB
·         Kerjasama dalam ekonomi
·         Projek baja urea di Bintulu
·         Terlibat dalam penubuhan AFTA
·         Menubuhkan kerjasama EAEC (Tun Mahathir)
·         Asean + 3 (Jepun , Korea  & China)
·         Kerjasama sosial
·         Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN  (SEAMEO)
·         Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik  (RECSAM)
·         Sukan SEA
·         Tahun Melawat ASEAN
·         Piala SUZUKI

25 October 2013

Contoh soalan & jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 (bil 2)



Soalan

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

Contoh Jawapan

ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negaranegara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasakuasa besar.

Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaia kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkon antara negara ASEAN dengan negaranegara timur, iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri-Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri- Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran.

23 October 2013

Contoh soalan dan skema Kertas 3 Sejarah SPM 2013 (bil 1)




Assalamualaikum  & salam sejahtera ...


Adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua .. berikut satu contoh jawapan bagi soalan kertas 3 Sejarah SPM  (seandainya sama dengan soalan)



Soalan


Pada pandangan anda, apakah faedah / manfaat / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

Jawapan

Faedah Melalui ASA

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.

Faedah Melalui MAPHILINDO

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.

Faedah Melalui ASEAN

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri dan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Di samping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sektor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).

19 October 2013

Spot Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 ... contoh lagi ...







Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua


Entri cikgu kali ni cuma nak bagitau adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. Bila cikgu duk fikir-fikir dan juga duk bincang-bincang ngan kawan-kawan cikgu dari beberapa buah sekolah rupanya ada lagi antara soalan yang boleh ditanya untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2013 ni.

Berikut antara soalan yang cikgu rasa agak lengkap le .. hehe (tapi ingat!! jangan terlalu taksub okey!) Cikgu bukannya orang LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA. Cikgu hanya insan biasa. 

Ulang suara, diorang LEMBAGA .. cikgu insan biasa ..

ANTARA SOALAN YANG BOLEH DITANYA  …

1. Pengenalan: Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

2. Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan hubungan di peringkat serantau

@ Mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan serantau berikut:
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

@ Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.
     
3. Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut:
 
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

@ Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN

4. Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau. 

@ Jelaskan Peranan dan Penglibatan Malaysia dalam Kerjasama Serantau dari aspek Politik dan Keselamatan.

@ Jelaskan kerjasama Malaysia dengan pertubuhan serantau dalam bidang berikut:
(i) Politik dan Keselamatan
(ii) Ekonomi
(iii) Bidang Pendidikan
(iv) Kebudayaan & Sosial

5. Pada pandangan anda, apakah faedah / manfaat / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

6. Jelaskan isu / cabaran yang sering menggugat keharmonian hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan langkah Malaysia dalam menghadapinya

(Isu / cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan negara serantau & langkah Malaysia dalam menghadapinya)

@ isu / cabaran / masalah di peringkat ASEAN dan cara penyelesaian yang dibuat oleh Malaysia

7. Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

8. Rumusan

·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan makmur  
 (



Walaupun boleh tengok nota tapi pelajar dilarang buat macam ini ..

Nota: Kalau pelajar ada lain soalan .. lagi banyak lagi bagus. Apa yang penting, cari bahan-bahannya dan bawa semasa peperiksaan Sejarah Kertas 3 SPM nanti. Kalau keluar exam syukur, boleh salin ...

07 October 2013

Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 .. contoh ..



Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..

Apa khabar adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. Nampaknya pelajar-pelajar semua tentu duk tengah sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran kan? Dah tentu .. kan SPM dah tak lama lagi. Lebih kurang sebulan je lagi .. ishh ishhhh … berdebarnya. Debar menanti saat nak masuk dewan peperiksaan … kan kan ..

Ops!! jangan kelam kabut. Rilekss okey. Cikgu percaya dan yakin dengan adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Bertenang .. saat itu pasti tiba jua. Nak tak nak .. sedia atau tak bersedia … adik-adik pelajar-pelajar semua akan tetap ‘BERSAMANYA’ ..

Oh ya, nampaknya ramai yang duk tanya cikgu, soalan apakah yang akan keluar nanti dalam Kertas 3 Sejarah SPM? Tema dah keluar .. . 

TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa.
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Cikgu rasa semua orang tak tahu apakah 8 soalan sebenar yang akan ditanya dalam tugasan spesifik nanti. Apapun berdasarkan tema umum di atas tuu ..  rasanya sedikit-sebanyak dapat kita agak …

Apa yang cikgu agak? ishh tanya cikgu pula .. 

Okeylah, berdasarkan tema di atas tu .. dan hasil perbincangan cikgu ngan kawan-kawan cikgu yang lain, pelbagai kemungkinan soalan yang boleh ditanya.

Berikut yang cikgu rasa ‘kemungkinan soalan yang boleh ditanya dalam tugasan spesifik / soalan sebenar Sejarah SPM Kertas 3 nanti’ (Perhatian!!! Jangan kata soalan ini akan keluar okey. Hanya pihak Lembaga Peperiksaan  je yang tahu. hehe)

NOTA: Maaf cikgu hanya boleh bagi soalan je .. skema tuu pelajar kena cari sendiri, cuba surf internet (terutama  soalan KBKK tu - soalan no. 4,5,6 – banyak kat internet) dan bincang ngan kawan-kawan ..  (Maklum le cikgu sekarang ni teramat le sibuknya)

Mana soalan cikgu??? ish ishhh sabar le ..


Berikut adalah beberapa contoh soalan yang cikgu rasa mungkin boleh ditanya .. 



1. Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

2. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.      

@ Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan hubungan di peringkat serantau


3.  Jelaskan hubungan serantau Malaysia  melalui pertubuhan berikut;
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

@  Huraikan perkembangan Pertubuhan serantau yang disertai oleh Malaysia melalui
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

4. Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

5. Pada pandangan anda, apakah faedah / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

@Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu pertubuhan ASEAN

@ Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau


6. Jelaskan isu / cabaran yang sering menggugat keharmonian hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan nyatakan langkah-langkah Malaysia dalam menghadapinya

(Isu / cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan negara serantau & langkah Malaysia dalam menghadapinya)

7. Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

8. Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan makmur 



NOTA: SELAMAT MENCARI ISI ... INSYAALLAH .. USAHA ITU ADALAH TANGGA KEJAYAAN. Nak berjaya kena usaha lebih le sikit .. tak boleh hanya duk termenung je .. hehe


 ishhh kening mata dia sama macam cikgu le ..

                  

28 September 2013

Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2013



Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013

Wow!! Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 dah keluar? ops!! bukan soalan. Jangan salah faham ya adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Sebenarnya yang keluar ialah Tema Umum Kertas 3.

TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.


Nampaknya Tema dari bab 9 Tingkatan 5 yang menjadi pilihan pihak LPM kali ini.

Melalui tema umum ini, adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua dah boleh buat persiapan sebenarnya. Bincang ngan cikgu adik-adik, kemungkinan soalan-soalan yang boleh ditanya berkenaan tema umum di atas. Fokus terutama tajuk “Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau”.

Sebagaimana pelajar sedia maklum, Tema umum Kertas 3 kali ini akan keluar 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan. (Sebelum ini dimaklumkan satu bulan awal tapi nampaknya dipercepatkan sikit oleh bahagian LPM. Baguslah tu. Lagi cepat lagi bagus. Pelajar-pelajar semua ada masa yang panjang untuk bersedia dengannya sebelum tarikh peperiksaan sebenar SPM.  


Pelajar-Pelajar semua, sepatutnya TEMA UMUM KERTAS 3 SEJARAH SPM dah berada dalam tangan pelajar-pelajar semua okey.  Bincang ngan cikgu adik-adik .. bincang ngan kawan-kawan sekelas akan kemungkinan  8 soalan  (tugasan spesifik) yang akan keluar dan ditanya pada hari peperiksaan sebenar nanti.

Tindakan yang pertama sekali yang perlu pelajar semua buat ialah fotostat halaman buku teks berkenaan tema umum / tajuk di atas, Tindakan seterusnya, cari, rujuk dan kumpulkan semua bahan / perbagai sumber yang berkaitan tema di atas. Fotostat, print jika ada sumber berkaitan dengannya terutama 5 soalan KBKK yang akan ditanya nanti.

Berikut adalah tugasan Sejarah Kertas 3 (Tema Umum) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

ARAHAN KEPADA GURU

1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon  enam minggu  sebelum tarikh peperiksaan.

2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik  dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.

4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti  tema umum  dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon  tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.


TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

25 August 2013

Soalan KBKK Sejarah SPM dan Skema (Siri 2)






hai hai …

Assalamualaikum adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua ..  camana sekarang? tentu tengah sibuk duk study, duk wat persiapan untuk jawab soalan peperiksaan percubaan SPM yang tengah berjalan sekarang kan? Moga semuanya tenang. Jangan risau dengan soalan-soalan peperiksaan itu semua okey. Hadapinya dengan lapang dada. Senyum …

Okeylah, cikgu di sini cuma nak  kongsi soalan dan skema KBKK lagi. Pelajar-pelajar dah sedia maklumkan akan trend soalan Sejarah SPM sekarang yang mana tak boleh lari dari soalan KBKK.  Kertas 2  Bahagian A –  4 soalan struktur. Setiap soalan struktur mesti ada pecahan soalannya berbentuk KBKK. Begitu juga Kertas 2 Bahagian B – soalan esei. Cikgu yakin, 7 soalan esei yang diberi di mana pelajar perlu pilih dan jawab 3 soalan saja – mesti semua soalan ada pecahannya berbentuk soalan KBKK. Rugi wooo kalau tak dapat jawab!!

Kertas 3 – dah confirm – banyak pecahan soalannya berbentuk KBKK

 Oleh itu, nak tak nak ..  pelajar perlu biasakan diri dengan soalan KBKK. Perlu berfikir! berfikir!

Berikut sedikit panduan / skema untuk persoalan berkaitan:



KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 
-    Menjamin kedaulatan sesebuah negara
-    Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
-    Menjaga hak asasi rakyat
-    Melaksanakan hukuman yang adil
-    Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
-    Membentuk sIstem pentadbiran kemas dan
   teratur
-    Memastikan rakyat berdisplin
-    Memastikan rakyat hidup bersatupadu
-    Membentuk hidup bertoleransi dalam
   masyarakat berbilang kaum
-    Memupuk sikap saling hormat menghormati
-    Menjamin keamanan negara
-    Menjamin kemakmuran negara
-    Menjamin keselamatan negara
-    (Mana-mana jawapan yang munasabah)



 
IKTIBAR DARIPADA PERJANJIAN
o        Toleransi antara kaum
o        Kebijaksanaan dalam kepimpinan
o        Mengutamakan keamanan
o        Permuafakatan
o        Kesungguhan dalam perjuangan
o        Menepati janji
o        Bijak mengatur strategi
o        Amalan bersaudara
o        Memberi bantuan kepada yang memerlukan
o        Berakhlak mulia
o        Tidak mudah berputus asa
o        Memohon pertolongan Allah
o        Mana-mana jawapan yang munasabah



KEBAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI

-    Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk
   kerajaan
-    Rakyat boleh bersuara / kemukakan pandangan
-    Pemimpin tidak berkuasa mutlak
-    Menjamin hak asasi rakyat
-    Tidak kejam
-    Kedaulatan di tangan rakyat
-    Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan
   raya
-    Menjamin kerajaan yang adil / stabil
-    Memastikan keamanan
-    Terima mana-mana jawapan munasabah


PERANAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN  DAN KEHARMONIAN NEGARA TERUS BERKEKALAN                          

-    Mengamalkan akhlak yang mulia
-    Saling bertolak ansur
-    Menunjukkan teladan yang baik
-    Mengutamakan kesabaran
-    Memiliki kebijaksanaan
-    Mengutamakan perpaduan
-    Mengadakan perundingan
-    Mengadakan perjanjian damai
-    Berbincang secara harmoni / lembut
-    Menggunakan diplomasi
-    Menunjukkan sikap persefahaman
-    Tidak mudah menyerah kalah
-    Menanam sikap perjuangan
-    Cekal menempuh rintangan/ halangan
-    Melantik orang tengah yang berkecuali
-    Mengamalkan sikap berkecuali
-    Mematuhi Piagam PBB
-    Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’
-   Mana-mana jawapan munasabah


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI PUSAT
KECEMERLANGAN ILMU DI PERSADA DUNIA

-    Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
-    Memajukan bidang penyelidikan dan
   pembangunan (R&D)
-    Menaiktaraf universiti di negara ini
-    Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
-    Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian
   tinggi
-    Menggalakkan program pertukaran pelajar
-    Memajukan program penterjemahan
-    Memajukan program penulisan karya-karya
   buku baru
-    Menganjurkan program pendidikan
   antarabangsa
-    Mencapai kualiti pendidikan setanding negara
   maju
-    Menganjurkan banyak seminar/konvensyen
   berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
-    Memajukan prasarana pendidikan bertaraf
   dunia
-    Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara
   bangsa menuntut di IPT negara
-    Melahirkan ramai tokoh
   pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai   
   bidang ilmu 
-    (Mana-mana jawapan munasabah)


KEPENTINGAN  PENDIDIKAN

-    Meningkatkan ilmu pengetahuan
-    Menaikkan imej negara
-    Melahirkan masyarakat berilmu
-    Memajukan negara
-    Meningkatkan ekonomi negara
-    Membina modal insan cemerlang
-    Melatih pemimpin masa depan
-    Membina ilmu daripada pelbagai sumber
-    Mengadun budaya positif dari tamadun lain
-    Menjana transformasi negara
-    Melahirkan ilmuan / intelektual


KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK  DENGAN  NEGARA
LUAR
           
-    Mengekalkan kestabilan politik / negara
   /serantau/dunia
-    Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
-    Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
-    Memastikan kemajuan negara berterusan
-    Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
-    Memajukan bidang perindustrian/peladangan
    negara
-    Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
-    Mendapat pertukaran teknologi
-    Membantu mengekalkan keamanan dunia
   sejagat
-    Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis
   antara negara-negara
-    Mengekalkan persefahaman
-    Meneruskan hubungan diplomatik
-    Membina semangat setiakawan
-    Membuka peluang pekerjaan
-    Membantu meningkatkan prasarana
-    Menjalin kerjasama dalam bidang
    perubatan/kesihatan
-   (Mana-mana jawapan yang
    munasabah)                              


KEPENTINGAN MENGEKALKAN BANGUNAN
BERSEJARAH

-    Untuk dijadikan warisan generasi akan datang.
-    Memelihara monumen
-    Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
-    Mewartakan sebagai khazanah negara
-    Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
-    Menggubal undang-undang khazanah negara
-    Kempen melindungi monumen
-    (Mana-mana jawapan  yang  munasabah)


AKTIVITI YANG BOLEH MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

-    Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
-    Menghormati lambang-lambang kebesaran
-    Menghayati Rukun Negara
-    Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
-    Lawatan ke muzium diraja
-    Mencari maklumat berkaitan melalui internet
-    Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
-    Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
-    Meraikan hari keputeraan sultan
-    Kembara Tengku Mahkota dibukukan
-    (Mana-mana jawapan munasabah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search