Kertas 2 Sejarah SPM dah pun selesai tengahari tadi ..
Tepat jam 12.30 tengahari, sempat cikgu pergi kat depan dewan peperiksaan ... debar dengan harapan ...
Lalu cikgu didekati pelajar-pelajar .. semuanya senyum ..
"alhamdulillah cikgu .. 90% keluar .. "
"iya cikgu .. kebanyakan semua keluar ..."
"cikgu .. senang cikgu .. semua keluar .. "
"Okey .. bersyukurlah. Dah jangan difikir lagi .. tumpukan pada kertas 3 pula esok .."
"Oh ya boleh beri kat cikgu soalan esei .. cikgu nak buat kenangan .."
Aku perhatikan soalan esei. Satu persatu ... "Alhamdulillah ... "
Esok .. KERTAS 3 PULA ..
Berikut antara jawapan rumusan yang cikgu rasa boleh digunakan untuk kertas 3 esok ..
8. Rumusan [5 markah]
Melalui tajuk ini, saya
memperolehi pengetahuan tentang
peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO
dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara
Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang
diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau.
.
Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin
hubungan dengan negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan
persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara. Selain itu Asean
juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
Di samping itu, iktibar
kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang
lebih gemilang. Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau
amat diperlukan.
Selain itu, iktibar
kepada rakyat Malaysia ialah rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap
toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak
membicarakan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.
Sehubungan dengan itu, iktibar
kepada negara ialah negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan negara
serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia
telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.
Harapan untuk masa
depan Malaysia agar
terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui
pertukaran teknologi, budaya dan sukan. Sekiranya semangat iniberkekalan, maka
harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020
akan termakbul.
0 comments:
Post a Comment