07 May 2013

Skema Sejarah kertas 3




Seronoknya belajar kat Universiti ..  berpakaian cam ni dalam dewan kuliah ..

Okey .. nampaknya pelajar dah tak sabar nak tau jawapan @ skema kepada soalan sejarah kertas 3 yang cikgu berikan sebagai contoh  dalam entri sebelum ini ..

Nah, di bawah ini contoh jawapan yang boleh pelajar berikan.

(Berikut cikgu berikan dalam bentuk isi-isi. Pelajar perlu menghuraikannya dalam bentuk esei. Alaaa bukannya susah sangat kan. Tambah ayat sikit-sikit je. Pelajar boleh guna ayat pelajar sendiri atau guna je wacana penyambung ayat .. jadikannya satu ayat kemudian titik. Buat ayat balik kemudian titik. Buat ayat lagi .. lagi .. dan lagi. )

Selamat menjawab adik-adik kesayangan cikgu semua   


Pengenalan 

1. Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara (5m)

o        Perasaan cinta akan bangsa dan Negara
o        Gerakan membebaskan tanah air
o        Tidak terhad kepada  pembebasan kuasa politik sahaja
o        Juga pembebasan cengkaman ekonomi
o        Pembebasan kebudayaan asing
                                                                                        (5x1M=5M)
2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (30 m)

1 .Dasar penjajah barat

   o        Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat
   o        Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada rakyat tempatan 
         dalam pentadbiran moden
   o        Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional
   o        Dasar ekonomi penjajah seperti tanaman paksa dan sistem polo    
          menindas penduduk pribumi
   o        Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap mereka 
         dalam kelas tersendiri
   o        Penjajah hanya layak bergaul sesama mereka dan elit tempatan
   o        Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran
   o        Penguasaan imigran dalam ekonomi

2. Pengaruh Agama

   o        Dapat menyatukan rakyat tempatan
   o        Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
   o        Penubuhan persatuan Belia Buddha
   o        Golongan agama pencetus nasionalisme
   o        Gerakan Islah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia
         Islam menentang penjajah
   o        Agama Kristian  menyatukan penduduk Filipina menentang penjajah
   o        Penganut Kristian dianggap kelas kedua

3. Karya Kesusasteraan

   o        Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan   
         akibat penindasan
   o        Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal
   o        Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya  
         Chairil Anuar
   o        Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako

4. Sistem Pendidikan

o        Sikap pilih kasih penjajah
o        Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah
o        Memberikan pendidikan pada peringkat rendah, terhad kepada 
      golongan elit  dan penduduk Bandar
o        Bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat
o        Di Burma ,pendidikan sekular dan mubaligh ancaman kepada 
      sekolah Buddha
o        Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat 
      pekerjaan

5. Kemunculan golongan intelektual

Ø      Berpeluang melanjutkan pelajaran di barat dan Asia barat terdedah 
kepada idea falsafah barat dan Islam
Ø      Mereka sedar penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti 
mentadbir negara mereka sendiri
Ø      Mereka memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah 
air
Ø      Menuntut taraf hidup dibela dan meminta penjajah membebaskan 
Negara

6. Pengaruh Media massa

Ø      Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalis dan menanam 
perasaan anti penjajah
Ø      Di Vietnam. akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee
Ø      Di Tanah Melayu, AlIkhwan, Saudara dan Warta Malaya

7. Sistem Pengangkutan dan perhubungan

Ø      Kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan nasionalis
Ø      Pembinaan jalanraya dan keretapi menghubungkan kawasan yang 
terpisah
Ø      Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang 
idea nasionalisme

8. Pengaruh luar

Ø      Kejayaan Jepun menewaskan China 1895 dan Rusia 1905
Ø      Membuktikan Negara kecil dapat menewaskan Negara besar
Ø      Perjuangan Mahatma Ghandi India
Ø      Memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara
                                   ( 50x 1markah = mak 30 markah)

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand (15m)

Perkembangan Nasionalisme di Filipina 
                                                                                      
Tahap 1

o        Merupakan gerakan dakyah
o        Dipimpin oleh Jose Rizal
o        Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan barat
o        Menuntut Filipina dijadikan wilayah sepanyol
o        Bangsa Filipina diberikan hak yang sama
o        Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
o        Penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal
o        Tujuan mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, 
ekonomi dan social
o        Sepanyol rasa terancam
o        Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke Dapitan dan dibunuh

Tahap 2

Ø       Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio
Ø       Memulakan penentangan secara radikal
Ø       Matlamat menyatukan bangsa Filipina
Ø       dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Ø       Katipunan menggunakan media cetak sebar fahaman revolusi
Ø       Kalayan akhbar rasmi

Perkembangan Nasionalisme di Thailand 

Tahap 1

Ø       Bersifat anti penjajah
Ø       Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat 
diraja
Ø       Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
Ø       Perkembangan sistem pendidikan barat
Ø       Pendedahan fahaman liberal , sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
Ø       Kelemahan sistem pentadbiran
Ø       Sikap boros raja
Ø       Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat 1932 oleh Nai Pridi
Panomyong dan Field Marshall Phibul Songgram
Ø       Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932
Ø       Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap 2

Ø       Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi 
oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Ø       Phibul Songram meluluskan undang-undang menyekat kebebasan 
dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
Ø       Sekolah Cina dibubarkan
Ø       Akhbar Cina diharamkan
Ø       Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
Ø       Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama 
Buddha
Ø       Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud tanah Bebas
Ø       Bekerjasama dengan Jepun
Ø       Berjaya mendapatkan semula wilayah di Indochina dan di Tanah 
Melayu

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan 
bagi mengukuhkan  kedaulatan Negara (15m)

Ø       Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
Ø       Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
Ø       Menjaga nama baik negara
Ø       Menghargai perjuangan nasionalis silam
Ø       Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
Ø       Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan 
Ø       Dengan memupuk semangat  juang yang kental
Ø       Tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran
Ø       Penerapan jati diri yang tinggi
Ø       Mengekalkan perpaduan antara kaum
Ø       Tidak mengamalkan diskriminasi antara kaum
Ø       Meningkatkan taraf hidup rakyat
Ø       Bertolak ansur dalam politik
( Mana-mana jawapan munasabah ) (15x1=15M)

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh 
negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat (10m)

Ø       Dapat mengekalkan kestabilan politik
Ø       Dapat memacu ekonomi setanding dengan negara maju
Ø       Dapat mengurangkan kemiskinan tegar
Ø       Melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr.Mahathir
Ø       Melahirkan angkasawan negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar
Ø       Melahirkan ahli sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong wei dan 
Datuk Nichol David
Ø       Mengeluarkan kereta nasional iaitu Proton Saga, MyV, 
Ø       Dapat membina bangunan  pencakar langit seperti Menara 
Berkembar Petronas, KLIA, Menara kuala Lumpur
Ø       Dari segi telekomunikasi mewujudkan Koridor Raya Multimedia
Ø       Dapat membina Litar Sepang
Ø       Dapat membina Pusat pentadbiran Putra jaya
                                                                                        (10x1=10)

6.  i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam 
mengekalkan kedaulatan negara (5m)

Ø                   Masih wujud pertikaian antara kaum 
Ø                   berlaku rasuah  dalam pentadbiran
Ø                   demonstrasi jalanan mengugat kestabilan negara
Ø                   masih belum berupaya menghapuskan kemiskinan
Ø                   Tidak menghayati Rukun Negara menyebabkan persaan tidak puas 
hati antara kaum
Ø                   Masalah sosial seperti dadah, Mat rempit  dan pembuangan bayi 
Ø                   Terhakisnya jati diri di kalangan generasi muda
Ø                   Gangguan daripada pihak luar yang ingin menanguk di air yang 
keruh
                                   ( 8 x1markah = max 5 markah)          
                                                      
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)

Ø     Mewujudkan perpaduan antara kaum
Ø     Mengamalkan sikap bersih cekap dan amanah
Ø     Mengamalkan semangat patriotik/cinta akan negara
Ø     Mempunyai jati diri yang kukuh
Ø     Berpegang teguh kepada ajaran agama
Ø     Saling menghormati kebudayaan kaum lain
Ø     Merancang aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai kaum seperti
Sukan untuk semua dan perkhemahan
Ø    Menjadikan mata pelajaran  sejarah sebagai subjek wajib lulus
                                           ( 8 x1markah = max 5 markah)          

7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat 
nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita (10m)

Ø      Semangat kerjasama antara kaum                                                            
Ø      Sikap toleransi antara kaum
Ø  Semangatkeberanian                                                                                  
Ø      Semangat juang yang kental                                                                    
Ø      Sanggup berkorban demi negara                                                         
Ø      Perlu menguasai ilmu pengetahuan                                                         
Ø      Gigih berusaha                
Ø       Negara kita tanggungjawab kita
Ø       Berwaspada terhadap kuasa luar 
Ø       Menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara
Ø       Patuh kepada undang-undang 
Ø       Kesetiaan yang tidak berbelah bagi 
Ø        Sikap setiakawan  
Ø        Menghayati Prinsip Rukun Negara                                                                              
                                                                                    (10x1=10m)

8. Kesimpulan/rumusan: (5m)

Ø       Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka kita seharusnya 
menghargai perjuangan nasionalis silam.
Ø       Kita sewajarnya berusaha untuk mempertahankan dan 
mengekalkan kedaulatan negara
Ø       serta mengisi kemerdekaan dengan kemajuan untuk mencapai 
matlamat wawasan 2020
Ø       Generasi muda perlu mempunyai jati diri yang tinggi                             
Ø       Tidak mudah dipengaruhi oleh kebudayaan asing untuk 
mengekalkan kedaulatan negara
Ø       Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu menjadi modal insan
kelas pertama bertaraf dunia  bagi memacu ekonomi  negara
Ø       Kita perlu menguasai teknologi terkini dalam mengharungi arus globalisasi                                                                                                 
 Ø       Harapan agar rakyat dapat mengekalkan perpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian yang telah dilaksanakan
                                                                            (5x1=5M)





























10 comments:

Anonymous said...

Assalam, cikgu. Boleh tak cikgu buat jawapan untuk kertas 3 ni dlm bentuk essei? Ramai pelajar sekarang tidak mahir dlm membuat essei(lagi2 rakan cina dan india), jadi bantulah kami supaya kami tahu mcm mana penggunaan ayat untuk jawapan kertas 3. Tahun ni sejarah wajib lulus. Terima kasih cikgu. Maaf kalau menyusahkan cikgu.

Unknown said...

cikgu, kalau soalan ni knena macam mana jawab?
Dasar sosial yang telah dilaksanakan oleh negara sejak merdeka hingga kini telah berjaya membina negara dan bangsa Malaysia yang bersatu.

Anonymous said...

salam cikgu.. boleh tak cikgu pos skema jwapan utuk bab 10.2 nasionalisme di malaysia sehingga perang ke dua. :)

Anonymous said...

saya nak jawapan kertas 3 bagi tajuk 10.2 . secepatnya . terima kasih

akusahaja said...

blog yang menarik...sy selalu rujuk blog awak untuk anak murid sy...sila singgah di blog sy http://akusahajasendiri.blogspot.com

Nur Hidayah said...

Cikgu~~Terima kasih banyak banyak..sangat membantu saya untuk Mid-Year exam..doakan saya cikgu :)

Anonymous said...

Terina kasih cikgu..

Unknown said...

Cikgu boleh x cikgu sediakan skema jawapn tajuk nasionaloisme di malaysia sehingga perang dunia ke dua..saya nak study tajuk nie

Unknown said...

Cikgu boleh x cikgu sediakan skema jawapn tajuk nasionaloisme di malaysia sehingga perang dunia ke dua..saya nak study tajuk nie

Unknown said...

cikgu boleh tak email dokumen ini, thank u
charmainechan2000@live.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search