23 October 2010

Tahun 2013 - Sejarah wajib lulus SPM !!



KUALA LUMPUR: Akhbar METRO – 24.10.2010, Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat SPM.

"Kita kena bagi masa sedikit kalau tidak dia (pelajar) terkejut... jadi ini memerlukan tempoh masa untuk kita melatih guru dan juga menyediakan pelajar-pelajar kita untuk menghadapi sistem baru ini," katanya yang juga Menteri Pelajaran ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata, bermula tahun 2014, di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah akan dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah. "Seperti yang dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah, pada masa ini, elemen Sejarah diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan."
Ulasan: Rasanya satu tindakan dan keputusan yang tepat dan sangat baik. Ini memandangkan kebelakangan ini subjek ini semakin terpinggir dan tidak begitu dititikberatkan oleh pelajar. Maknanya selepas ini, pelajar minat atau kurang minat dengan subjek ini mesti belajar dengan baik dan sekaligus lulus. Kalau tak maka tak dapatlah sijil SPM !!!

29 September 2010

Gambar Mohenjo Daro dan Harappa

Jom kita tengok gambar 2 buah bandar terancang utama zaman Tamadun Indus, iaitu Mohenjo Daro dan Harappa.


Harappa

Mohenjo Daro

Mohenjo Daro & Harappa

Stupa

Jalan

Jalan di Mohenjo Daro

Mohenjo Daro

Mohenjo Daro

20 July 2010

Pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia ke-2

Dapat tak anda gambarkan kesan pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia ke-2?

Jom kita tengok kesannya yang dikatakan membuatkan kedua-dua bandar utama Jepun itu menjadi Padang Jarak Padang tekukur.







21 April 2010

Tok Janggut - Pejuang atau pembelot?

Di padang inilah.. badan Tok Janggut.. kepala di bawah kaki ke atas ...

Padang Bank

Deskripsi Tok Janggut


Kubur Tok Janggut


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.



04 January 2010

Selamat Tahun Baru



Selamat Tahun Baru kepada semua pelajar.


Moga tahun baru ini dapat berikan semangat baru kepada pelajar untuk terus bangkit dan melangkah gagah. Semangat untuk mengubah hari-hari biasa kepada suasana yang penuh warna-warni. Semangat untuk ceria, suka dan gembira dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Dengan semangat ini, kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun ini pasti dalam gengaman pelajar-pelajar sekalian… insyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search