21 August 2012

Spot Soalan Sejarah SPM 2012 ...

Menghitung hari .. SPM dah makin dekat ..


Assalam dan salam sejahtera .. 

opss!! hari raya punya pasal ... lupa cikgu nak bagi tajuk-tajuk Sejarah SPM yang cikgu janji pada minggu lepas tu. Okey di bawah ini adalah antara tajuk-tajuk yang perlu pelajar berikan perhatian dan tumpuan yang lebih sikit semasa mengulangkajinya. Tapi ingat jangan spot mati-matian dah okey!! risau juga cikgu. Sebab hakikat yang sebenarnya cikgupun tak tau dan rasanya tak ada sesiapapun yang tau tajuk-tajuk yang akan keluar dalam kertas sejarah SPM pada tahun 2012 ini. Apa yang boleh kita usahakan ialah menganalisis bab & tajuk-tajuk. Jangan lupa doa padaNya .. 

Gerak hati cikgu .. insyaAllah .. 

Ini tajuk-tajuk tingkatan 4 hasil analisis yang cikgu buat  … 

*(Tajuk-tajuk tingkatan 5 cikgu keluarkan kemudian nanti  k )
 
Bab
Tajuk Tingkatan 4
2

Baca:
1. Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun (  * sila fokus lebih pada Tamadun India tapi jangan lupa Tamadun China juga)
- Pemerintahan dan Pentadbiran (Politik)
- Perundangan
- Perluasan Kuasa Asing
- Peningkatan Ekonomi
- Peningkatan Sosial

3

Baca
1. Pengaruh Hindu Buddha
-          Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu Buddha
-          Pengaruh dalam sistem pemerintahan
-          Pengaruh dalam seni dan sastera

5
Baca:
1. Perjanjian Aqabah 1 & 2
2. Piagam Madinah (maksud, kandungan dan kepentingan)
3. Penyebaran Islam (strategi, Peperangan dan Prinsip Perang dalam Islam)
4. Pembukaan semula Kota Makkah & Kepentingannya
* Hijrah (2005) – baca juga

7
Baca:
1. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
-          Cara-cara Kedatangan Islam di Asia Tenggara
2. Pengaruh Islam di Asia Tenggara

8
Baca:
1. Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya dan ekonomi & pendidikan
2. Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai

14 August 2012

Soalan Sejarah SPM 2012?



Assalam dan Salam Sejahtera untuk semua ..





ishh tak sangka ya – walaupun cikgu jarang update kat blog ini rupanya ramai juga yang hadir menjengah blog ini. Setiap hari ratus-ratus ..  Terima kasih le kepada pembaca yang selalu hadir tuu ..


Gerak hati cikgu, yang hadir tentu yang minat dengan mata pelajaran Sejarah. Nak tau tentang Sejarah .. atau nak tau tentang sesuatu berkenaan sejarah. Kalau pelajar SPM tentunya nak tau tentang soalan sejarah yang kemungkinan akan keluar pada tahun 2012 ini. Kan kan ..

Okeylah .. Okeylah sebagai penghargaan kepada yang hadir kat blog ini, cikgu berikan di sini beberapa bab yang cikgu sendiri menganalisisnya dan jangkakan akan keluar dalam peperiksaan SPM pada tahun ini .. InsyaAllah …


AWAS!! JANGAN SPOT TAPI BERILAH PENEKANAN YANG LEBIH SIKIT DAN SEWAJARNYA OKEY!!!

TINGKATAN 4
BACALAH BAB 2, 3, 5, 7 & 8

TINGKATAN 5
BACALAH BAB 1, 2, 5, 6, 8 & 9

* UTK SUB TAJUK BAGI BAB-BAB INI, CIKGU AKAN KELUARKAN DALAM ENTRI SELEPAS INI. SABAR OKEY!! (KAN SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search