Selamat Tahun Baru

|



Selamat Tahun Baru kepada semua pelajar.


Moga tahun baru ini dapat berikan semangat baru kepada pelajar untuk terus bangkit dan melangkah gagah. Semangat untuk mengubah hari-hari biasa kepada suasana yang penuh warna-warni. Semangat untuk ceria, suka dan gembira dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Dengan semangat ini, kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun ini pasti dalam gengaman pelajar-pelajar sekalian… insyaAllah.

KATA TUGAS SOALAN SEJARAH SPM

|

KATA TUGAS

KEHENDAK SOALAN

SOALAN STRUKTUR

Namakan

Fakta sahaja

Berikan

Fakta sahaja

Nyatakan

Fakta sahaja



Apakah

Fakta sahaja

Mengapakah

Fakta sahaja

Bagaimanakah

Fakta sahaja




SOALAN ESEI

Jelaskan

Perlukan fakta sahaja

Terangkan

Perlukan fakta dan huraian

Bagaimanakah

Perlukan fakta dan contoh

Mengapakah

Perlukan fakta sahaja

Huraikan

Perlukan fakta dan huraian dan contoh

Apakah

Perlukan fakta sahaja

Nyatakan

Perlukan fakta sahaja

Ceritakan Peristiwa

Perlukan fakta dan huraian

KATA TUGAS BERDASARKAN SOALAN



Jelaskan

Jelaskan enam sebab - perlukan fakta sahaja

Jelaskan lapan pengaruh – perlukan fakta dan contoh

Jelaskan konsep - Perlukan fakta sahaja

Jelaskan enam kesan – perlukan fakta sahaja

Terangkan

Terangkan empat ciri – Perlukan fakta dan huraian

Terangkan pernyataan – perlukan fakta dan huraian

Terangkan lima langkah – perlukan fakta dan huraian

Bagaimanakah

Bagaimanakah nilai – perlukan fakta dan contoh

Bagaimanakah kedatangan Islam – Perlukan fakta dan contoh

Mengapakah

Mengapakah kumpulan – perlukan fakta sahaja



Ceritakan peristiwa

Ceritakan peristiwa yang membawa – perlukan fakta dan contoh


Program Cakna Sejarah SPM 2009

|


17.10.2009 (Sabtu - Deepavali), 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Program cakna sejarah telah dilaksanakan. Sasarannya adalah pelajar-pelajar tahap sederhana yang mempunyai harapan untuk skor sekurang-kurangnya '3B' Sejarah SPM. Walau bagaimanapun, pelajar target 'A' juga digalakkan hadir.

Pelajar kali ini dibawa ke dalam 'bilik mesyuarat' sekolah untuk bagi sedikit kelainan dan suasana yang baru. Selama ini mereka asyik belajar dalam kelas, makmal, bilik tayangan dan dewan besar je.

Seronok juga bila berbincang dengan pelajar dalam keadaan santai begini. Pelbagai soalan diajukan... dan sesungguhnya aku memang suka sekali bila pelajar banyak bertanya. Bagi aku, itu petanda adanya satu kesungguhan dan keinginan pelajar untuk belajar dan berjaya!!! Satu kepuasan bagi aku bila memikirkannya.

Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan hasil analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta analisis bab / tajuk oleh beberapa buah negeri (Wilayah Persekutuan KL, Johor, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA). Untuk rujukan pelajar, turut diedarkan soalan-soalan terpilih mengikut bab / tajuk bersama dengan skema yang lengkap. Edaran soalan dan skema ini adalah hasil analisis oleh Guru-guru Cemerlang Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak lupa juga soalan-soalan dari ADABI.

 

©2009 caknasejarah | Template Blue by TNB