31 July 2014

Spot Soalan Sejarah SPM 2014



Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..

Aduhai rindunya .. Lama cikgu tak bersama pelajar-pelajar di sini. Sebenarnya cikgu ada, cuma iyalah cikgu ni agak sibuk kebelakangan ini. Banyak terpaksa hadir kursus dan bengkel. Tak lain tak bukan, bengkel  sejarah le. Bukan itu saja, malah terlibat juga sebagai hakim pertandingan sejarah anjuran PPD dan juga JPN. Alhamdulillah semua dah selesai setakat ini le. Hehe .. (sebenarnya banyak lagi program sejarah cikgu kena buat. Maklumlah cikgu ni kan telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Sejarah peringkat Negeri (bukan cikgu nak tapi apakan daya telah dilantik sejak beberapa tahun lalu).
Okeylah adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. SPM 2014 dah dekatkan. Tentu adik-adik pelajar-pelajar  cikgu sekalian duk tengah berjuang ... mengulangkaji ... siang malam …

Sekarang dah tiba masanya cikgu  nak bagi sedikit perkongsian TAJUK-TAJUK SEJARAH YANG SEDAP UNTUK DIBERI FOKUS YANG SEWAJARNYA PADA  TAHUN INI.  Tapi sebagaimana pesan cikgu seperti tahun-tahun yang lepas juga, adik-adik pelajar-pelajar semua janganlah terlalu berharap dan bergantung sepenuhnya pada tajuk-tajuk ini okey. Anggaplah ia sebagai antara tajuk yang perlu diberi perhatian yang lebih dan dibuat ulangkaji yang berterusan sikit. Ingat!! Cikgu bukan seorang penggubal soalan SPM. Bukan Lembaga … Hehe .. 

Berikut adalah hasil analisis yang cikgu buat. Cikgu bagi tajuk-tajuk Tingkatan 4 dulu ya. Nanti cikgu bagi yang tingkatan 5 pula.

                                                  SUB-TAJUK

BAB 1 Tamadun Hwang Ho (Ciri-ciri dan sumbangan)

BAB 2 Tamadun China - Aspek Peningkatan Tamadun
           Tamadun India - Aspek Peningkatan Tamadun

BAB 5
(i)            Perjanjian Aqabah 1 dan 2
(ii)           Hijrah
(iii)          Piagam Madinah
(iv)         Penyebaran Islam (strategi, peperangan dan prinsip perang
dalam Islam)

BAB 6
(i)            Kerajaan Bani Abbasiyah
(ii)           Baca juga (back up): Zaman Khalifah

BAB 7
(i)            Penyebaran Islam di Asia Tenggara (cara-cara kedatangan
Islam, peranan pedagang, mubaligh dan pemerintah)
(ii)           Pengaruh Islam di Asia Tenggara

BAB 8
(i)            Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya,
(ii)           Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai

BAB 9
(i)            Zaman Gelap di Eropah
(ii)           Zaman Reformation
(iii)          Revolusi Perindustrian
(iv)         Kesan Dasar British (aspek perbandaran, kesihatan dan
                  Pendidikan vernakular)

4 comments:

Anonymous said...

cikgu saya nk yg form 5 lk........

Unknown said...

Terima Kasih Cikgu kerana informasi macam inilah akan membantu pelajar mengejar topik-topik

Terima Kasih

Anonymous said...

Terima kasih kerana inform.doakan kami berjaya dalam hidup dan di hari akhirat yaa.

Unknown said...

Terima kasih cikgu kerana membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search