11 October 2014

SOALAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014?






 As salam .. adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Apa khabar? Cikgu harap semua sihat, ceria dan ‘tak sabar’ nak menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

SPM dah tak lama lagi. 10 November 2014 (Kertas 1 & Kertas 2) manakala 13 Nov 2014 (Kertas 3). Macamana study adik-adik? Dah habis ulangkaji? Terutama bab-bab penting ..

Baiklah cikgu rasa semua pelajar dah pun sedia maklum. Tema Umum Kertas 3 dahpun keluar. Tentu adik-adik pelajar-pelajar semua sudahpun berbincang dengan cikgu-cikgu di sekolah masing-masing. Berbincang tentang kemungkinan 9 konstruk yang akan ditanya dalam tugasan spesifik nanti.

Memang kalau kita amati TEMA UMUM .. terlalu umum sangat. Oleh itu adik-adik kena standby dan bersedia dengan pelbagai soalan yang berkemungkinan akan ditanya berkenaan tema umum berkenaan. Kena banyak bersedia dan bawa segala bahan-bahan bertulis, bercetak ke dalam dewan peperiksaan nanti.

Berikut adalah antara soalan-soalan penting yang cikgu rasa akan ditanya dalam Tugasan Spesifik Kertas 3 nanti.  Ingat!! 'YANG CIKGU RASA' .. SEBAB TAK ADA SIAPAPUN TAHU SOALAN SEBENAR, HANYA LPM JE YANG TAHU .. hehe


SELAMAT MENGULANGKAJI .. 

Ada 9 Soalan / Tugasan Spesifik akan diberi dalam peperiksaaan SPM nanti. Apapun 13 yang berikut cikgu rasa semua pelajar perlu standby ... (ohya, jgn lupa fotostat BAB 7 TING.5, BAWA SEMASA PEPERIKSAAN NANTI)

Aspek
Perincian
1
Latar belakang & Maksud demokrasi berparlimen
2
Ciri-ciri demokrasi berparlimen
3
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
4
Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong
5
Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan berikut :
  1. Badan Perundangan (Judisiari)
  2. Badan Pelaksanaan (Eksekutif)
  3. Badan Kehakiman (Legislatif)
6
Manfaat pilihan raya kepada negara
7
Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
8
Kebaikan/kepentingan/faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia
9
Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan demokrasi berparlimen
10
Usaha memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
11
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut
12
Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
13
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :
  1. Pengetahuan yang diperoleh
  2. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  3. Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia harmoni dan stabil


02 August 2014

Soalan Spot Sejarah SPM 2014 .. wow ..



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Moga semua pembaca, adik-adik pelajar-pelajar cikgu di seluruh Malaysia berada dalam keadaan sihat sentiasa, hati yang tenang dan damaI.

Uisss!! Dah habis cuti raya kan. Esok semua dah mula kerja. Pelajar pula akan mula ke sekolah balik … belajar dan terus belajar sehingga habis menduduki peperiksaan.

Pejam celik pejam celik, keesokan harinya pelajar akan mula melangkah masuk ke Dewan Besar untuk menjawab soalan peperiksaan SPM 2014. Tentu semua pelajar berdebar hati ..

Apapun cikgu percaya, pelajar-pelajar adik-adik cikgu semua tentu dah tak sabar nak masuk ke Dewan Besar kan .. kan .. kan .. 

Okeylah, sekarang cikgu nak bagi pula tajuk-tajuk Sejarah SPM Tingkatan 5. Tajuk-tajuk ini yang pada pandangan cikgu perlu diberi PERHATIAN YANG LEBIH SEDIKIT PADA TAHUN INI. Tapi pleaseeeeeeeeee .. jangan terlalu menaruh harapan .. baca tajuk-tajuk yang lain juga okey.

Berikut tajuk-tajuk hasil analisis yang telah cikgu buat … insyaAllah … 


                                         TAJUK TINGKATAN  5
BAB 1
(i)            Pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara
(ii)           Imperialisme Barat di Asia Tenggara  (faktor dan kesan)
(iii)          Perkembangan nasionalisme di Filipina, Indonesia & Thailand

BAB 2
(i)            Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia ke-2
         (faktor-faktor Pemangkin Nasionalisme)
(i)            Peranan akhbar, majalah dan novel penggerak kesedaran
               kebangsaan
(ii)           Peranan persatuan-persatuan Melayu
(iii)          Baca juga (Back up): Penentangan penduduk tempatan
          Terhadap British Di Kelantan dan Terengganu, Sabah
          dan Sarawak


BAB 4 Malayan Union
BAB 5
(i)            Sistem Ahli
(ii)           Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
-       S/jaya Reid
-       Isi-isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
dan Kepentingan
(iii)          Pakatan Murni

BAB 7
(i)            Kuasa Pemerintahan
-       Badan Perundangan (Dewan Negara dan Dewan
Rakyat), Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
(ii)           Pilihan raya
(iii)          Lambang-Lambang Negara (Jata Negara dan Bendera)

BAB 8
(i)            Dasar Pendidikan Kebangsaan
(ii)           Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(iii)          Sukan untuk perpaduan
(iv)         Wawasan 2020


BAB 9
(i)            Blok Dunia dan Perang Dingin
(ii)           Cabaran Masa Depan (Globalisasi, ICT, Koridor Raya
          Multimedia, K-ekonomi dan K-masyarakat)
Baca juga (back up):
(i)            ASEAN – matlamat, kejayaan & PBB
(ii)           Perkembangan Dasar Luar Malaysia 

http://www.caknasejarah.blogspot.com

31 July 2014

Spot Soalan Sejarah SPM 2014



Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..

Aduhai rindunya .. Lama cikgu tak bersama pelajar-pelajar di sini. Sebenarnya cikgu ada, cuma iyalah cikgu ni agak sibuk kebelakangan ini. Banyak terpaksa hadir kursus dan bengkel. Tak lain tak bukan, bengkel  sejarah le. Bukan itu saja, malah terlibat juga sebagai hakim pertandingan sejarah anjuran PPD dan juga JPN. Alhamdulillah semua dah selesai setakat ini le. Hehe .. (sebenarnya banyak lagi program sejarah cikgu kena buat. Maklumlah cikgu ni kan telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Sejarah peringkat Negeri (bukan cikgu nak tapi apakan daya telah dilantik sejak beberapa tahun lalu).
Okeylah adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. SPM 2014 dah dekatkan. Tentu adik-adik pelajar-pelajar  cikgu sekalian duk tengah berjuang ... mengulangkaji ... siang malam …

Sekarang dah tiba masanya cikgu  nak bagi sedikit perkongsian TAJUK-TAJUK SEJARAH YANG SEDAP UNTUK DIBERI FOKUS YANG SEWAJARNYA PADA  TAHUN INI.  Tapi sebagaimana pesan cikgu seperti tahun-tahun yang lepas juga, adik-adik pelajar-pelajar semua janganlah terlalu berharap dan bergantung sepenuhnya pada tajuk-tajuk ini okey. Anggaplah ia sebagai antara tajuk yang perlu diberi perhatian yang lebih dan dibuat ulangkaji yang berterusan sikit. Ingat!! Cikgu bukan seorang penggubal soalan SPM. Bukan Lembaga … Hehe .. 

Berikut adalah hasil analisis yang cikgu buat. Cikgu bagi tajuk-tajuk Tingkatan 4 dulu ya. Nanti cikgu bagi yang tingkatan 5 pula.

                                                  SUB-TAJUK

BAB 1 Tamadun Hwang Ho (Ciri-ciri dan sumbangan)

BAB 2 Tamadun China - Aspek Peningkatan Tamadun
           Tamadun India - Aspek Peningkatan Tamadun

BAB 5
(i)            Perjanjian Aqabah 1 dan 2
(ii)           Hijrah
(iii)          Piagam Madinah
(iv)         Penyebaran Islam (strategi, peperangan dan prinsip perang
dalam Islam)

BAB 6
(i)            Kerajaan Bani Abbasiyah
(ii)           Baca juga (back up): Zaman Khalifah

BAB 7
(i)            Penyebaran Islam di Asia Tenggara (cara-cara kedatangan
Islam, peranan pedagang, mubaligh dan pemerintah)
(ii)           Pengaruh Islam di Asia Tenggara

BAB 8
(i)            Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya,
(ii)           Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai

BAB 9
(i)            Zaman Gelap di Eropah
(ii)           Zaman Reformation
(iii)          Revolusi Perindustrian
(iv)         Kesan Dasar British (aspek perbandaran, kesihatan dan
                  Pendidikan vernakular)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search