31 March 2014

Keputusan Sejarah SPM 2013. Alhamdulillah ..


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua .. Moga pelajar-pelajar cikgu semua sentiasa sihat, ceria dan gembira.

Uiss .. lama juga cikgu tak update. Sekadar singgah je .. hehe


oh ya sebelum cikgu berkongsi result, jom tengok pelajar-pelajar cikgu semasa duk menanti nak terima slip result SPM. Bukan main risau nampaknya mereka semua. Maklumlah .. Apapun tahniah!! kepada pelajar-pelajar cikgu  yang telah berjaya dengan cemerlang  .. .








Mengenai keputusan SPM baru-baru ini .. Alhamdulillah Cikgu rasa gembira dan bersyukur sangat-sangat. Ini kerana keputusan bagi subjek Sejarah di sekolah cikgu adalah yang terbaik pernah dicapai.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini, result sejarah SPM telah meningkat setiap tahun. Kalau tahun lepas, result Sejarah SPM 2012 adalah terbaik sejak Sekolah cikgu dibuka .. Keputusan tahun lepas – Sejarah SPM 2013 telah sekali lagi mengatasi tahun-tahun sebelumnya baik dari segi Peratus Lulus mahupun dari segi kualiti kecemerlangan.  Alhamdulillah ..  syukur padaNya.


Kat sekolah cikgu, ada 130 orang pelajar yang mengambil Sejarah SPM 2013. Daripada 130 orang itu, seramai 47 orang pelajar telah mendapat Gred A.  3 orang (A+), 22 orang (A), 22 orang (A-).  

A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
GPMP
3
22
22
18
12
9
5
11
19
9
4.25


* Apapun cikgu sedih juga, seramai 9 orang pelajar gagal. Pelajar yang gagal tuu adalah pelajar yang selalu tak hadir sekolah / ada masalah disiplin. Cikgu buat programpun tak hadir .. nak buat camana kan ..  Pelajar yang sama juga telah gagal Bahasa Melayu ..

Macamana dengan SPM 2014 tahun ini? Nampaknya pelajar-pelajar semua kena mula study dah. Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak belajar .. dan insyaAllah, cikgu akan berkongsi apa yang cikgu ada untuk pelajar-pelajar tahun ini untuk terus beroleh keputusan yang cemerlang dalam Sejarah SPM 2014 ..


Okey .. cukuplah dulu. Kita jumpa lagi okey ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search