02 November 2012

soalan bocor sejarah SPM 2012?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Pejam celik pejam celik dah tinggal beberapa hari lagi untuk semua pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM. Mesti semua berdebar kan .. 

Oh ya, jangan pelajar risau dan takut dengan rasa berdebar itu. Semua itu perkara normal. Walau bersiap sehebat manapun, debaran itu pasti akan wujud juga dalam hati .. 

 Mana satu pilihan pelajar?

Soalan bocor sejarah SPM 2012? ishhh mana ada soalan bocor. Pelajar usah percaya  dengan soalan-soalan bocor ni!!. Kalau cikgu .. cikgu tak percaya kalau ada orang kata atau beri soalan bocor ni. .. hehe.

Bagi cikgu, di saat-saat  akhir ini, apa yang penting ialah pelajar terus membaca nota-nota kecil. Baca tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan yang lebih ..

Di bawah ini cikgu kongsikan pula tajuk-tajuk sejarah tingkatan 5 yang menjadi target negeri-negeri .. renung dan bacalah. InsyaAllah akan keluar ..
 

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH SPM 2012
TINGKATAN 5
BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
( MELAKA )

      1.      Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara 
            2.      Perkembangan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
        3.     Tindakan elakkan penjajahan (KBKK)

BAB 2
NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA( KEDAH, KELANTAN, PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, TERENGGANU, SBP)

1.                  Faktor pemangkin
2.                  Gerakan Islah – tokoh, maksud, akhbar, isu perjuangan, halangan,
3.                  Persatuan Melayu – tujuan, kejayaan dicapai, kegiatan
4.                  Kesatuan Melayu Muda -  perkembangan , matlamat
5.                  Faedah menyertai persatuan di sekolah (KBKK)
6.                  Sikap pemimpin persatuan yang boleh dicontohi (KBKK)
7.                  Cara membangkitkan nasionalisme di Negara kita (KBKK)
8.                  Aktiviti memupuk semangat patriotic (KBKK)
9.                  Islah membantu memaju pemikiran / sumbangan gerakan Islah (KBKK)
10.              Cabaran Malaysia menjadi negara maju (KBKK)
11.              Adakah system pendidikan Malaysia dapat lahirkan modal insan cemerlang ? Nyatakan alasan. (KBKK)

BAB 3
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA ( KEDAH)

1.                  Warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.                  Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan
3.                  Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK)
  

BAB 5
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA (PERAK , NEGERI SEMBILAN )

1.                  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
-                      Tokoh terlibat, isu menjadi panduan
-                      Suruhanjaya Reid - peranan
-                      Isi kandungan PTM 1957
-                      Kepentingan PTM 1957

2.                  Bagaimana PTM mendapat kemerdekaan (KBKK)
3.                  Sumbangan anda mengisi kemerdekaan (KBKK)

BAB 6
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGANU, PERAK , SELANGOR, NEGERI SEMBILAN , SBP, MELAKA, MERSING, KEDAH )

1.                  Pembentukan Malaysia
-                      Cadangan
-                      Negeri yang terlibat
-                      Faktor
-                      Reaksi
-                      Langkah kearah pembentukan
-                      Manafaat penubuhan Malaysia
-                      Iktibar menjayakan penubuhan Malaysia.

2.                  SuruhanjayaCobbold
-                      Nama ahli
-                      Tujuan penubuhan
-                      Cadangan

3.                  Faedah pembentukan Malaysia (KBKK)
4.                  Bagaimana menjayakan gagasan Malaysia (KBKK)
5.                  Kerjasama kearah pembentukan Malaysia (KBKK)
6.                  Ciri-ciri kepimpinan pemimpin dalam usaha pembentukan Malaysia (KBKK)
7.                  Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK)

BAB 7
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGGANU, NEGERI SEMBILAN )

1.             Pilihanraya – SPR, Syarat pengundi, Calon, Proses pilihan raya, kepentingan pilihan raya
2.             Badan Perundangan – syarat ahli dewan Negara, fungsi badan perundangan, proses lulus undang-undang
3.             Peranan anda pastikan pilihan raya berkesan (KBKK)
4.             Wajarkah pilihan raya diadakan di sekolah(KBKK)
5.             Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan system pemerintahan Negara (KBKK)
6.             Sebab-sebab badan kehakiman diperlukan di setiap negara (KBKK)

BAB 8  
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN (PERAK, SBP, KEDAH, SELANGOR,TERENGGANU )

1.                  Pembangunan dan Perpaduan Bangsa
a.                  Laporan Barnes
b.                  Penyata Razak
c.                  Akhta Bahasa Kebangsaan
d.                  Dasar Kebudayaan Kebangsaan
e.                  Sukan Untuk Perpaduan – bagaimana boleh pupuk perpaduan
f.                    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KBKK)
g.                  Cadangan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (KBKK)
h.                  Kepentingan perpaduan kepada Negara(KBKK)
i.                     Wawasan 2020 – tanggungjawab rakyat (KBKK)

2.   Rukun Negara  - mengapa diperkenalkan

Bab 9
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA (KELANTAN, KEDAH, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, MERSING, PERAK,SBP)

1.                  Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK), cara tingkatkan imej Negara (KBKK)
2.                  Perang Dunia 1 -  faktor,peristiwa, kesan,
3.                  Perang Dunia Kedua – sebab, kesan
4.                  Malaysia dalam pertubuhan serantau – faedah, sumbangan, kejayaan
5.                  Langkah elak peperangan dan mewujudkan kesejahteraan (KBKK)
6.                  Kepentingan semangat setiakawan (KBKK)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search