13 November 2013

Skema soalan no 8 Kertas 3 Sejarah SPM 2013



Kertas 2 Sejarah SPM dah pun selesai tengahari tadi .. 


Tepat jam 12.30 tengahari, sempat cikgu pergi kat depan dewan peperiksaan ... debar dengan harapan ...

Lalu cikgu didekati pelajar-pelajar .. semuanya senyum ..

"alhamdulillah cikgu .. 90% keluar  .. "
"iya cikgu .. kebanyakan semua keluar  ..."
"cikgu ..  senang cikgu .. semua keluar .. "


"Okey .. bersyukurlah. Dah jangan difikir lagi .. tumpukan pada kertas 3 pula esok .."

 "Oh ya boleh beri kat cikgu soalan esei .. cikgu nak buat kenangan .." 

Aku perhatikan soalan esei. Satu persatu ...    "Alhamdulillah ... "


 Esok .. KERTAS 3 PULA ..

Berikut antara jawapan rumusan yang cikgu rasa boleh digunakan untuk kertas 3 esok ..


8. Rumusan [5 markah]

Melalui tajuk ini, saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau.
.
Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara. Selain itu Asean juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara

Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.

Selain itu, iktibar kepada rakyat Malaysia ialah rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum. 

Sehubungan dengan itu, iktibar kepada negara ialah negara Malaysia hendaklah menjaga dan  mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.

Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan. Sekiranya semangat iniberkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search