hai hai …
Assalamualaikum
adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua ..
camana sekarang? tentu tengah sibuk duk study, duk wat persiapan untuk
jawab soalan peperiksaan percubaan SPM yang tengah berjalan sekarang kan? Moga
semuanya tenang. Jangan risau dengan soalan-soalan peperiksaan itu semua okey.
Hadapinya dengan lapang dada. Senyum …
Okeylah,
cikgu di sini cuma nak kongsi soalan dan
skema KBKK lagi. Pelajar-pelajar dah sedia maklumkan akan trend soalan Sejarah
SPM sekarang yang mana tak boleh lari dari soalan KBKK. Kertas 2
Bahagian A – 4 soalan struktur.
Setiap soalan struktur mesti ada pecahan soalannya berbentuk KBKK. Begitu juga
Kertas 2 Bahagian B – soalan esei. Cikgu yakin, 7 soalan esei yang diberi di
mana pelajar perlu pilih dan jawab 3 soalan saja – mesti semua soalan ada
pecahannya berbentuk soalan KBKK. Rugi wooo kalau tak dapat jawab!!
Kertas 3 –
dah confirm – banyak pecahan soalannya berbentuk KBKK
Oleh itu, nak tak nak .. pelajar perlu biasakan diri dengan soalan
KBKK. Perlu berfikir! berfikir!
Berikut
sedikit panduan / skema untuk persoalan berkaitan:
KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
- Menjamin kedaulatan
sesebuah negara
- Menjamin ketaatan
rakyat kepada pemerintah
- Menjaga
hak asasi rakyat
- Melaksanakan
hukuman yang adil
- Menjalankan
pentadbiran mengikut protokol
- Membentuk
sIstem pentadbiran kemas dan
teratur
- Memastikan
rakyat berdisplin
- Memastikan
rakyat hidup bersatupadu
- Membentuk
hidup bertoleransi dalam
masyarakat berbilang kaum
- Memupuk
sikap saling hormat menghormati
- Menjamin
keamanan negara
- Menjamin
kemakmuran negara
- Menjamin
keselamatan negara
- (Mana-mana jawapan yang
munasabah)
|
IKTIBAR DARIPADA PERJANJIAN
o
Toleransi antara kaum
o
Kebijaksanaan dalam kepimpinan
o
Mengutamakan keamanan
o
Permuafakatan
o
Kesungguhan dalam perjuangan
o
Menepati janji
o
Bijak mengatur strategi
o
Amalan bersaudara
o
Memberi bantuan kepada yang memerlukan
o
Berakhlak mulia
o
Tidak mudah berputus asa
o
Memohon pertolongan Allah
o
Mana-mana jawapan yang munasabah
|
KEBAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI
- Rakyat
terlibat dalam memilih / membentuk
kerajaan
- Rakyat
boleh bersuara / kemukakan pandangan
- Pemimpin
tidak berkuasa mutlak
- Menjamin
hak asasi rakyat
- Tidak
kejam
- Kedaulatan
di tangan rakyat
- Rakyat
bebas memilih pemimpin melalui pilihan
raya
- Menjamin
kerajaan yang adil / stabil
- Memastikan
keamanan
- Terima
mana-mana jawapan munasabah
|
PERANAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA TERUS BERKEKALAN
- Mengamalkan
akhlak yang mulia
- Saling
bertolak ansur
- Menunjukkan
teladan yang baik
- Mengutamakan
kesabaran
- Memiliki
kebijaksanaan
- Mengutamakan
perpaduan
- Mengadakan
perundingan
- Mengadakan
perjanjian damai
- Berbincang
secara harmoni / lembut
- Menggunakan
diplomasi
- Menunjukkan
sikap persefahaman
-
Tidak mudah menyerah kalah
-
Menanam sikap perjuangan
-
Cekal menempuh rintangan/ halangan
-
Melantik orang tengah yang berkecuali
-
Mengamalkan sikap berkecuali
-
Mematuhi Piagam PBB
-
Merealisasikan Gagasan ‘Satu
Malaysia’
- Mana-mana
jawapan munasabah
|
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI PUSAT
KECEMERLANGAN ILMU DI PERSADA DUNIA
- Melahirkan
ramai cendekiawan tempatan
- Memajukan
bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
- Menaiktaraf
universiti di negara ini
- Menyediakan
pelbagai kursus yang relevan
- Menaiktaraf
tenaga pengajar institusi pengajian
tinggi
- Menggalakkan
program pertukaran pelajar
- Memajukan
program penterjemahan
- Memajukan
program penulisan karya-karya
buku baru
- Menganjurkan
program pendidikan
antarabangsa
- Mencapai
kualiti pendidikan setanding negara
maju
- Menganjurkan
banyak seminar/konvensyen
berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
- Memajukan
prasarana pendidikan bertaraf
dunia
- Meningkatkan
jumlah pelajar luar negara/antara
bangsa menuntut di IPT negara
- Melahirkan
ramai tokoh
pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
pelbagai
bidang ilmu
- (Mana-mana
jawapan munasabah)
|
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
- Meningkatkan
ilmu pengetahuan
- Menaikkan
imej negara
- Melahirkan
masyarakat berilmu
- Memajukan
negara
- Meningkatkan
ekonomi negara
- Membina
modal insan cemerlang
- Melatih
pemimpin masa depan
- Membina
ilmu daripada pelbagai sumber
- Mengadun
budaya positif dari tamadun lain
- Menjana
transformasi negara
- Melahirkan
ilmuan / intelektual
|
KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK DENGAN
NEGARA
LUAR
- Mengekalkan
kestabilan politik / negara
/serantau/dunia
- Meningkatkan
kerjasama/kemajuan/ekonomi
- Meningkatkan
kemajuan sains / teknologi
- Memastikan
kemajuan negara berterusan
- Menarik
kemasukan pelabur-pelabur asing
- Memajukan
bidang perindustrian/peladangan
negara
- Meluaskan
pasaran eksport keluaran negara
- Mendapat
pertukaran teknologi
- Membantu
mengekalkan keamanan dunia
sejagat
- Mengelakkan
pergolakan/pergeseran/krisis
antara negara-negara
- Mengekalkan
persefahaman
- Meneruskan
hubungan diplomatik
- Membina
semangat setiakawan
- Membuka
peluang pekerjaan
- Membantu
meningkatkan prasarana
- Menjalin
kerjasama dalam bidang
perubatan/kesihatan
- (Mana-mana
jawapan yang
munasabah)
|
KEPENTINGAN
MENGEKALKAN BANGUNAN
BERSEJARAH
- Untuk
dijadikan warisan generasi akan datang.
- Memelihara
monumen
- Menubuhkan
agensi yang mengurus monumen
- Mewartakan
sebagai khazanah negara
- Mewartakan
sebagai tapak warisan dunia
- Menggubal
undang-undang khazanah negara
- Kempen
melindungi monumen
- (Mana-mana
jawapan yang munasabah)
|
AKTIVITI YANG BOLEH MENGUKUHKAN SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA
- Menyemai
semangat patriotik dalam kalangan pelajar
- Menghormati
lambang-lambang kebesaran
- Menghayati
Rukun Negara
- Menganjurkan
pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan
Agong dan raja
- Lawatan
ke muzium diraja
- Mencari
maklumat berkaitan melalui internet
- Menghasilkan
buku skrap mengenai institusi raja
- Menggantung
gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
- Meraikan
hari keputeraan sultan
- Kembara
Tengku Mahkota dibukukan
- (Mana-mana
jawapan munasabah)
|
1 comments:
cikgu, tolong bagi soalan spot untuk sej kertas 2 dan macam mana nak ingat fakta untuk soalan struktur dan essei kertas 2? spm lagi 3 bulan :(
Post a Comment