07 October 2013

Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 .. contoh ..



Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..

Apa khabar adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. Nampaknya pelajar-pelajar semua tentu duk tengah sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran kan? Dah tentu .. kan SPM dah tak lama lagi. Lebih kurang sebulan je lagi .. ishh ishhhh … berdebarnya. Debar menanti saat nak masuk dewan peperiksaan … kan kan ..

Ops!! jangan kelam kabut. Rilekss okey. Cikgu percaya dan yakin dengan adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Bertenang .. saat itu pasti tiba jua. Nak tak nak .. sedia atau tak bersedia … adik-adik pelajar-pelajar semua akan tetap ‘BERSAMANYA’ ..

Oh ya, nampaknya ramai yang duk tanya cikgu, soalan apakah yang akan keluar nanti dalam Kertas 3 Sejarah SPM? Tema dah keluar .. . 

TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa.
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Cikgu rasa semua orang tak tahu apakah 8 soalan sebenar yang akan ditanya dalam tugasan spesifik nanti. Apapun berdasarkan tema umum di atas tuu ..  rasanya sedikit-sebanyak dapat kita agak …

Apa yang cikgu agak? ishh tanya cikgu pula .. 

Okeylah, berdasarkan tema di atas tu .. dan hasil perbincangan cikgu ngan kawan-kawan cikgu yang lain, pelbagai kemungkinan soalan yang boleh ditanya.

Berikut yang cikgu rasa ‘kemungkinan soalan yang boleh ditanya dalam tugasan spesifik / soalan sebenar Sejarah SPM Kertas 3 nanti’ (Perhatian!!! Jangan kata soalan ini akan keluar okey. Hanya pihak Lembaga Peperiksaan  je yang tahu. hehe)

NOTA: Maaf cikgu hanya boleh bagi soalan je .. skema tuu pelajar kena cari sendiri, cuba surf internet (terutama  soalan KBKK tu - soalan no. 4,5,6 – banyak kat internet) dan bincang ngan kawan-kawan ..  (Maklum le cikgu sekarang ni teramat le sibuknya)

Mana soalan cikgu??? ish ishhh sabar le ..


Berikut adalah beberapa contoh soalan yang cikgu rasa mungkin boleh ditanya .. 



1. Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

2. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.      

@ Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan hubungan di peringkat serantau


3.  Jelaskan hubungan serantau Malaysia  melalui pertubuhan berikut;
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

@  Huraikan perkembangan Pertubuhan serantau yang disertai oleh Malaysia melalui
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

4. Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

5. Pada pandangan anda, apakah faedah / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

@Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu pertubuhan ASEAN

@ Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau


6. Jelaskan isu / cabaran yang sering menggugat keharmonian hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan nyatakan langkah-langkah Malaysia dalam menghadapinya

(Isu / cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan negara serantau & langkah Malaysia dalam menghadapinya)

7. Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

8. Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan makmur 



NOTA: SELAMAT MENCARI ISI ... INSYAALLAH .. USAHA ITU ADALAH TANGGA KEJAYAAN. Nak berjaya kena usaha lebih le sikit .. tak boleh hanya duk termenung je .. hehe


 ishhh kening mata dia sama macam cikgu le ..

                  

5 comments:

Anonymous said...

ada jawapannya ke cikgu???

Anonymous said...

Assalamualaikum .. cikgu .. jawapan untuk soalan kertas 3 bab 9 ni ada tk?

Anonymous said...

Boleh cikgu berikan jawapan soalan kertas 3 bab 9 ini ?

Anonymous said...

salam.Jawapan kenapa tidak di paparkan @ dibagi? soalan 1,2,3,4,& 8 tidak apa lah sebab itu berdasarkan buku teks. Soalan 5,6,& 7 merupakan soalan KBKK dan perlu di sertakan jawapan agar para pelajar dapat mengambil isi-isi yang terpampam .Disebabkan soalan KBKK nya yang begitu luar biasa dan sesetengah pelajar yang tidak mampu memikirkanya melainkan dengan bantuan para guru memudahkan lagi para pelajar untuk mengambil isi-isi yang penting . Apa pun terima kasih atas ramalan soalan yang begitu terperinci . Saya amat menghargai . Terima Kasih .

Unknown said...

cikgu,terima kasih byk2,allah sahaja yg akn mmblas budi baik cikgu...smoga cikgu sntiasa dlm brada dlm lindungan & rahmat-NYA..Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search