23 October 2013

Contoh soalan dan skema Kertas 3 Sejarah SPM 2013 (bil 1)




Assalamualaikum  & salam sejahtera ...


Adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua .. berikut satu contoh jawapan bagi soalan kertas 3 Sejarah SPM  (seandainya sama dengan soalan)



Soalan


Pada pandangan anda, apakah faedah / manfaat / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

Jawapan

Faedah Melalui ASA

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.

Faedah Melalui MAPHILINDO

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.

Faedah Melalui ASEAN

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri dan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Di samping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sektor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search