Jelaskan matlamat dasar
luar Malaysia
Dasar luar Malaysia
mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat
dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional
dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat
mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat
antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global
yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk
kesejahteraan dunia.
Jelaskan bentuk hubungan
luar Malaysia
Malaysia melaksanakan dua
bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura,
Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan
negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju
seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
Huraikan latar belakang
dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia
mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat
dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional
dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat
mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di
peringkat antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai
warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk
memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua
bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura,
Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan
negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju
seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
Jelaskan
asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
i)
Faktor
sejarah
ii)
Faktor
ekonomi
iii)
Faktor
politik
iv)
Faktor
geografi
v)
Faktor
demografi
@
Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar
Malaysia.
@
Bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan
dasar luar Malaysia.
Asas-asas Penggubalan Dasar Luar
Malaysia
Penggubalan dasar luar luar Malaysi dipengaruhi
oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar
negara.Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan
demografi.
Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga
negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk hubungan perdagangan.Pada masa
ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan
Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada
masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh
Parti Komunis Malaya (PKM).Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara
Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang
pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung
kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan .
Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang
mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain
di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.Sejak zaman penjajah British lagi
Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada
masa ini telah terjalin hubungan ekonomi
antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara
tersebut.Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan
asing.Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping
menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun1980-an , melalui Dasar Pandang
Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama
Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik
dengan negara-negera sedang membangun dan
negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di
negara berkenaan.
Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju
masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada
prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi
memelihara keamanan dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong
semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan
keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang
strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal
perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi
dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan
diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang
majoriti beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas
peribumi Palestin.
Rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan
sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar
Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan
sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang
dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor
kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
PERKEMBANGAN
DASAR LUAR
1. Jelaskan tahap perkembangan dasar
luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)Tahap
Pertama (1957-1970)
|
(ii)Tahap
Kedua (1972-1981)
|
(iii)Tahap
Ketiga (1981-2003)
|
2. Jelaskan perkembangan dasar luar
negara kita dari tahun
1957 hingga tahun 2003
1957 hingga tahun 2003
(i) Dasar Pro-Barat
|
(ii) Dasar Berkecuali
|
(iii) Dasar
kepentingan Ekonomi
|
3. Jelaskan perkembangan
dasar luar Malaysia era kepimpinan
(i) Tunku Abdul Rahman
(1957-1970)
|
(ii) Tun
Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976-1981) |
(iii)Tun Dr
Mahathir Mohamad (1981-2003)
|
(i) Tahap
Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul Rahman
Dasar luar Malaysia pada
tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar
berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.Dasar luar berkenaan dilaksanakan
oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.Faktor
politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di
dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New
Zealand.
Bagi menyekat perkembangan
pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan
Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun
1956.Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar
Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan
timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk
memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada
tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula
memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan
ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun
sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya,
iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada
negara Barat termasuk Britain.Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Bagi mengurangkan
pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina
rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain
dan bagi mencari pasaran baru.
(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali / Tun Abdul Razak (1972-1976) & Tun Hussein
Onn(1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar
Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara.Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan
oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.Perubahan dasar ini juga
disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa
besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi mencapai matlamat dasar luar
Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon
Aman, Bebas dan berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman
komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun
1976.Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama
negara-negara jiran.
(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi / Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)
Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur telah
diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.Dasar ini bertujuan
menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik
seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik.
Malaysia
juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam
setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak.
Terangkan
kejayaan yang dicapai Malaysia hasil hubungan dengan negara luar
@
Dasar luar negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.Buktikan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan
hubungan baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan
dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali.
Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara
yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil
daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai
pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
untuk menamatkan Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih
sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia
mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati
bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan
Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia
sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum
menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama
kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan
yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan
akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.Malaysia juga
mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini
membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya
merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Keterlibatan
Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah
menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan
berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head
of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi
Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab
negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸
dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia
terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar.
Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada
sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa
berubah mengikut peredaran masa ?
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah
mengikut peredaran masa bergantung kepada kepimpinan negara.Pada masa
pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya
telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein
Onn.Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar
berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan
pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat
dan China.
Malaysia juga telah mengisytiharkan
konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur.Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan berbail-baik dengan semua
negara.
Selain itu, dasar luar sentiasa
berubah kerana kepentingan ekonomi seperti perdagangan, pelaburan dan
pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Malaysia telah mengadakan
hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti Singapura dan
Thailand.Keadaan ini telah meningkatkan nilai perdagangan negara kita.
Seterusnya semasa pemerintahan Dato’
Seri Dr Mahathir juga telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun
1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia.
Perubahan ini mendorong peningkatan pelaburan dari negara berkenaan yang
membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
Perubahan
dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara
lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut, Malaysia
telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak.
Jelaskan kepentingan dasar luar yang
diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia
dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah
kestabilan politik negara dapat dikekalkan. Keadaan aman dalam negara akan
menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu hubungan diplomatik dengan
negara luar dapat diperkukuhkan dan persefahaman dapat dipupuk. Keadaan yang
aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan
pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan
seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini juga
turut meransang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk
mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar
Petronas.
Selain itu,
syarikat-syarikat tempatan juga dapat
membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan
Petronas di Vietnam .
Dasar luar negara juga
penting untuk mengekalkan kedaulatan negara.Dasar berbaik-baik dengan semua
negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.Segala konflik
dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa,
contoh isu Pulau Batu Putih.
Dasar
luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi
moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan
LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang
dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga
diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.
Sebagai rakyat Malaysia
adakah anda bersetuju Malaysia perlu
menjalinkan hubu gan luar dengan Negara lain tanpa mengira ideilogi
Negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa Negara kita
perlu berbaik-baik dengan Negara luar?
Ya, sebagai rakyat Malaysia memang
saya bersetuju perlunya Malaysia menjalinkan hubungan dengan Negara luar tanpa
mengira ideologi. Malaysia terpaksa memilih berbaik dengan semua Negara kerana
setelah kurangnya peranan yang dimainkan
oleh AMDA (Anglo – Malaysian Defence
Treaty). Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan
oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia, kerana Britain telah
mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan Negara
mengamalkan ideology kumunis, seperti Republik Rakyat China. Dengan
berbaik=baik dengan semua Negara ini Malaysia dapat membangunkan ekonominya
dengan sempurna. Barangan kumuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke
Negara Republik China. Dengan ini pendapatan Negara meningkat.
Hubungan yang erat dengan banyak
Negara ini Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancung, justeru pertukaran wang
asing semakin meningkat, dengan ini menjana ekonomi Negara. Peluang pekerjaan dalam industry pelancungan semakin
meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara serantau, dengan menubuhkan
ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini
telah mengekalkan kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua
hala juga dapat dijalankan dengan Negara anggota ASEAN.
Saya juga percaya apabila
berbaik-baik dengan semua Negara
Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing masuk ke
Malaysia, dengan ini membantu mengstabilkan ekomomi Negara. Dengan cara ini
juga Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam Negara.
Dalam bidang social pula Malaysia
dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran Tv dengan Negara ASEAN.
Bila berbaik-baik dengan semua Negara,
Malaysia juga dapat mengamalkan pasaran bebas kerana tidak terikat dengan
mana-mana Negara, kerana kita mengamalkan kemesraan dengan semua Negara tanpa
terikat dengan mana-mana ideologi
Malaysia juga berbaik-baik dengan
Negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Hubungan baik ini barangan
dagangan Malaysia dapat dipasarkan di Negara-negara Arab. Malaysia juga
mendapat hak keistimewaan dari Negara Arab dalam urusan Jemaah haji ke Mekah.
Akhirnya dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar
Aman, Bebas dan Berkecuali, Malaysia dihormati oleh Negara luar, justeru
Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam Negara dapat
diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat
mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang
tinggi dalam kehidupan.
Sambungan - lihat entri seterusnya ..
2 comments:
terima kasih,😊
Terima kasih
Post a Comment