Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..
Apa khabar adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian.
Nampaknya pelajar-pelajar semua tentu duk tengah sibuk menelaah dan
mengulangkaji pelajaran kan? Dah tentu .. kan SPM dah tak lama lagi. Lebih
kurang sebulan je lagi .. ishh ishhhh … berdebarnya. Debar menanti saat nak
masuk dewan peperiksaan … kan kan ..
Ops!! jangan kelam kabut. Rilekss okey. Cikgu percaya dan
yakin dengan adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Bertenang .. saat itu pasti
tiba jua. Nak tak nak .. sedia atau tak bersedia … adik-adik pelajar-pelajar
semua akan tetap ‘BERSAMANYA’ ..
Oh ya, nampaknya ramai yang duk tanya cikgu, soalan apakah
yang akan keluar nanti dalam Kertas 3 Sejarah SPM? Tema dah keluar .. .
TEMA UMUM :
Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa.
Sejak
mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam
pertubuhan serantau.
Cikgu rasa semua orang tak tahu apakah 8 soalan sebenar yang akan
ditanya dalam tugasan spesifik nanti. Apapun berdasarkan tema umum di atas tuu
.. rasanya sedikit-sebanyak dapat kita
agak …
Apa yang cikgu agak? ishh tanya cikgu pula ..
Okeylah, berdasarkan tema di atas tu .. dan hasil
perbincangan cikgu ngan kawan-kawan cikgu yang lain, pelbagai kemungkinan
soalan yang boleh ditanya.
Berikut yang
cikgu rasa ‘kemungkinan soalan yang boleh ditanya dalam tugasan spesifik /
soalan sebenar Sejarah SPM Kertas 3 nanti’ (Perhatian!!! Jangan kata soalan ini
akan keluar okey. Hanya pihak Lembaga Peperiksaan je yang tahu. hehe)
NOTA: Maaf cikgu hanya boleh bagi soalan je .. skema tuu
pelajar kena cari sendiri, cuba surf internet (terutama soalan KBKK tu - soalan no. 4,5,6 – banyak
kat internet) dan bincang ngan kawan-kawan .. (Maklum le cikgu sekarang ni teramat le
sibuknya)
Mana soalan cikgu??? ish ishhh sabar le ..
Berikut
adalah beberapa contoh soalan yang cikgu rasa mungkin boleh ditanya ..
1. Jelaskan latar belakang penglibatan
Malaysia dalam pertubuhan serantau.
2. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan
dasar luar Malaysia.
@ Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan
hubungan di peringkat serantau
3. Jelaskan hubungan serantau
Malaysia melalui pertubuhan berikut;
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN
@ Huraikan perkembangan Pertubuhan serantau yang
disertai oleh Malaysia melalui
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN
4. Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan
keamanan serantau.
5. Pada pandangan anda, apakah faedah /
kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan
serantau?
@Terangkan bagaimana Malaysia memainkan
peranan dalam memacu pertubuhan ASEAN
@ Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
6. Jelaskan isu / cabaran yang sering menggugat
keharmonian hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan nyatakan
langkah-langkah Malaysia dalam menghadapinya
(Isu /
cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan negara serantau &
langkah Malaysia dalam menghadapinya)
7. Nyatakan
nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia
dalam kerjasama serantau
8. Rumusan
·
Pengetahuan yang diperoleh
·
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan
makmur
NOTA: SELAMAT MENCARI ISI ... INSYAALLAH .. USAHA ITU ADALAH TANGGA KEJAYAAN. Nak berjaya kena usaha lebih le sikit .. tak boleh hanya duk termenung je .. hehe
ishhh kening mata dia sama macam cikgu le ..