15 August 2013

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBKK SEJARAH SPM 2013 (siri 1)






Assalam semua .. amboi bukan main lagi pelajar bercuti ya. Beraya sakan. Takper. Janji pelajar semua yang akan menduduki SPM tahun ini tidak lupa untuk study dan mengulangkaji pelajaran okey.

Cuba pelajar amati. Fikir-fikir .. sekejap je kan masa berlalu. Dah habis cuti 2 minggu. Minggu depan sekolah akan buka semula. Pelajar juga akan kembali semula ke sekolah. Kemudian 2 minggu belajar dah masuk bulan 9. Bulan 9 semua pelajar akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.  Lepas peperiksaan percubaan SPM, lebih kurang sebulan lebih, pelajar semua akan mula menduduki peperiksaan SPM!!! Adoiii  cepatnya masa berlalu!!

Apapun cikgu tetap yakin pelajar-pelajar semua boleh!! yes!! yesss!!!

Di sini cikgu nak berikan sedikit panduan menjawab soalan KBKK. Berikut antara soalan KBKK yang agak glamor, yang cikgu rasa semua pelajar perlu tahu dan ingatinya.  Tak perlu ingati semua isi-isi / jawapan tu. Bagi cikgu, untuk soalan KBKK Struktur - ingat 5 isi pun dah cukup. Untuk esei - 8 isipun dah cukup. Oh ya, isi-isi / jawapannya juga boleh pelajar gunakan untuk soalan KBKK Kertas 3.

Selamat membaca ...


LANGKAH / USAHA / CARA PERPADUAN KAUM
DAPAT DIPUPUK

-    Sukatan pelajaran sekolah yang sama
-    Penubuhan sekolah wawasan
-    Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
-    Pengamalan kebudayaan
-    Amalan budaya dan agama yang berbeza
   dihormati
-    Menggalakkan budaya rumah terbuka /
   perayaan raya bersama
-    Konsep ‘Satu Malaysia‘
-    Sukan untuk semua
-    Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
-    Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
-    Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral /
   Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
-    Perkahwinan antara kaum digalakkan
-    Menggunakan bahasa kebangsaan semasa
   komunikasi
-    Mengamalkan budaya yang baik
-    Menghormati kebudayaan kaum lain
-    Mengadakan aktiviti perkhemahan yang
   melibatkan pelbagai kaum
-    Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai
   kaum
-    Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah
-    Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan
    Kaum


KEPENTINGAN PERPADUAN

-    Memastikan keamanan negara berkekalan
-    Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam
   kalangan rakyat
-    Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
-    Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
-    Memastikan ekonomi negara terus berkembang
-    Dapat menarik kedatangan pelabur asing
-    Akan dihormati oleh negara luar
-    Kemajuan negara akan berterusan/berkembang
   pesat
-    Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang
    kaum
-    Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara
    rundingan dan tolak ansur kaum


I
KTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
   
-    Rela berkorban
-    Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
-    Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
-    Menggunakan kebijaksanaan 
-    Permuafakatan dalam membuat keputusan
-    Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
-    Mengutamakan keamanan
-    Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
-    Mengamalkan pendekatan diplomasi
-    Perpaduan kaum diutamakan
-    Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
-    Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
-    (Mana-mana jawapan yang munasabah)                                 


CARA MENANGANI SETIAP CABARAN YANG DIHADAPI

-    Tidak berputus asa
-    Berani menghadapi risiko
-    Cekal/tabah
-    Berfikiran positif
-    Rasional
-    Bijaksana
-    Berilmu
-    Bertoleransi
-    Berdaya saing
-    Menguasai pelbagai ilmu


CARA MENGEKALKAN KEDAULATAN KEMERDEKAAN NEGARA

-    Bertolak ansur dalam politik
-    Mewujudkan kerjasama
-    Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
-    Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
-    Menjaga kedaulatan negara
-    Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
-    Menjaga nama baik negara
-    Menjayakan konsep 1Malaysia
-    Setia kepada pemimpin
-    Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
-    Menjayakan setiap kempen
-    Bersatu padu
-    Patuh kepada undang-undang
-    Menghormati lambang-lambang negara


LANGKAH MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU.     

-    Sentiasa bersikap inovatif
-    Sentiasa berusaha membaiki / meningkatkan
    kehidupan
-    Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
-    Mempunyai kerajaan yang kuat / adil
-    Pemerintah yang berwibawa
-    Meneliti / menghayati perubahan masyarakat
   lampau
-    Pengetahuan agama yang baik/ falsafah / sains
   dan teknologi
-    Kebolehan menjangka perubahan yang akan
   berlaku/ pandangan jauh
-    Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
-    Meningkatkan ilmu
-    Meneroka bidang baru
-    Mana-mana jawapan munasabah


CIRI-CIRI KEPIMPINAN

-    Mentadbir berdasarkaan keadilan
-    Bersifat amanah
-    Berfikiran cerdas
-    Bijak dalam pentadbiran
-    Berakhlak mulia
-    Sihat tubuh badan
-    Patuh ajaran agama
-    Mempraktikan undang-undang
-    Menerapkan nilai-nilai murni
-    Penyayang
-    Adil
-    Jujur/amanah
-    Mementingkan rakyat / menjaga kebajikan
   rakyat
-    Bertanggungjawab
-    Berpandangan jauh / berwawasan


BERKAITAN SEORANG PELAJAR

-    Berilmu pengetahuan / menguasai ilmu pelbagai
   bidang
-    Menguasai ICT
-    Menguasai bidang sains dan teknologi
-    Mempunyai jati diri / patriotik
-    Berpandangan jauh / berwawasan
-    Inovatif / kreatif / reka cipta
-    Menanam sifat ingin mencuba
-    Berusaha bersungguh-sungguh
-    Menghindarkan diri daripada unsur-unsur
   negatif




3 comments:

Unknown said...

thanks utk skema kbkk......... em ble hntr x skema sejarah k3 kerjsama malaysia dalam serantau..... klu ade e-melkn jt sye.... faizzolkafli@yahoo.com

Anonymous said...

terima kasih,cikgu..........walaupun tak kenal tapi masih ingin mengucapkan terima kasih......!

Toby said...

Hi nice reading yoour post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search