02 May 2013

Spot Soalan Sejarah SPM 2013



Spot Soalan Sejarah SPM 2013


SPOT soalan sejarah SPM 2013? ish ishh .. sabar adik-adik pelajar sekalian. Masih terlalu awal tau nak spot soalan-soalan ni. Belajar semua dulu. Ikuti dan beri fokus apa yang cikgu adik-adik ajar dalam kelas tu okey. Bila dah belajar semua baru le kita seronok nak spot soalan. hehe .. 

owhhh .. rasa sekejap je masa berlalu. Keputusan SPM 2012 dahpun keluar baru-baru ini. Tak lama lagi pelajar-pelajar tingkatan 5 sekarang akan menduduki Peperiksaan SPM 2013 pula. Wowww!!  naper begitu pantas sekali masa berlalu ek?

Ohya, cikgu terlupa nak entrikan di sini mengenai keputusan SPM subjek Sejarah cikgu baru-baru ini. Cikgu nak ucapkan TAHNIAH!!! kepada semua pelajar-pelajar cikgu (di sekolah cikgu) kerana telah MEMECAH REKOD atas keputusan mata pelajaran sejarah SPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Maksud cikgu, keputusan sejarah di sekolah cikgu telah memecah rekod kali kali ke-2 dari segi prestasi kuantiti dan kualiti subjek sejarah di sekolah ini iaitu sejak penubuhan sekolah ini.

Daripada calon seramai 142 orang, peratus lulus mata pelajaran sejarah sekolah cikgu ialah 93%.  Tahun sebelum ini 83% lulus. Maknanya meningkat sebanyak 10%.   Seramai 23 orang  telah mendapat A (3 orang dapat A+,  5 orang dapat A dan 15 orang  dapat A-). Alhamdulillah juga kerana subjek Sejarah sekolah cikgu mendapat tempat ke-2 di peringkat Daerah  iaitu 5.02 dari segi GPMP (KUALITI KECEMERLANGAN).

Hanya 10 orang pelajar sekolah cikgu yang telah gagal. Itupun pelajar-pelajar yang acapkali tak hadir sekolah.  Cikgu sedih juga kerana mereka gagal tapi nak buat camana kan, sekolahpun jarang-jarang hadir. Nasihat dan motivasi telah diberi tapi masih sama je.

Terus-terang cikgu amat berbangga dengan pelajar-pelajar cikgu. Walaupun sekolah cikgu ini adalah sekolah LUAR BANDAR dan pelajar-pelajar cikgu terdiri dari anak-anak penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang sawit tetapi telah menunjukkan keputusan terbaik sejak 30 tahun penubuhan sekolah ini.

Terima kasih pelajar-pelajar cikgu semua. Pelajar-pelajar cikgu yang cikgu anggap macam adik-adik cikgu semua ..  Walaupun cikgu baru mengajar di sekolah ini tapi cikgu amat yakin akan kemampuan pelajar-pelajar cikgu. Bagi cikgu, kejayaan itu sentiasa mengintai diri seseorang. Apa yang penting, mesti usaha lebih sedikit, berdoa dan tawakal padaNya. InsyaAllah pasti berjaya!!!

p/s – Tahniah juga cikgu nak ucapkan kepada pelajar-pelajar di luar sana yang yang telah berjaya dalam SPM 2012. Terima kasih kerana baca blog cikgu ini. InsyaAllah, cikgu akan cuba berkongsi ‘soalan target untuk Sejarah SPM 2013’ tak lama lagi okey ..  dan juga nak berkongsi bentuk soalan Kertas 3 SPM .. 


2 comments:

CIK MAZ said...

Tahniah diatas kecemerlangan pelajar-pelajar cikgu..boleh tak tolong beri tips kpd sy mcm mana kaedah pengajaran sejarah paling berkesan kerana sy jg guru sejarah dan thn lepas keputusan sej spm sgt tak menggalakkan...mungkin kt blh berkongsi pengalaman.

Anonymous said...

Cikgu bila nak bagi soalan target sejarah 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search