Ramalkan dasar luar negara pada masa
hadapan/ cadangkan halatuju dasar luar negara pada masa kini
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan
mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat
atau blok Timur.Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam
hubungan luarnya.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan
mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan
modal dan membuka peluang pekerjaan kepadan masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan Negara.
Malaysia juga terus komited menjalikan hubungan luar dengan membentuk jalinan
ekonomi di peringkat ASEAN.
Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan
negera-negara jiran seperti Indonesia,
Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik
serantau.Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan
negara Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral
dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi lawatan pemimpin ke negara –negara
teresebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi
perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia
menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka
panjang bagi mencapai misi Negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal
aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB
bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi.Malaysiaakan tarus
memperjuang nasib rakyat Palestein yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan
terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia
Ketiga.
Dalam
menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka
meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini
menjadikan negara kita sentiasa menjaga hunbungan baik dan mesra melalui
persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
Pada
pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?
Kesan sekiranya
dasar luar negara tidak mantap ialah eksport negara berkurangan kerana banyak negara tidak mengadakan
hubungan luar dengan Malaysia. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan pendapatan negara merosot.
Pelabur asing
tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luaryang tidak mantap. Hal
ini menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat
merosot. Kesannya Imej negara merosot dan ketamadunan negara akan lenyap.
Politik negara
menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Maruah negara akan
tergadai kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat.
Mengapa
dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?
Kemajuan ekonomi sangat penting
dalam penggubalan dasar luar pada hari ini.Keadaan ini penting untuk menjana
pendapatan negara melalui kemasukan pelabur asing ke negara kita. Pembukaan
kilang-kilang dan ladang-ladang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan
kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan taraf hidup
rakyat. Selain itu Malaysia merupakan pembekal bahan mentah utama dunia seperti
getah dan kelapa sawit.Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk
memastikan pasaran bahan mentah meningkat dari semasa ke semasa.Seterusnya
kerjasama perdagangan antarabangsa juga dapat ditingkatkan. Peningkatan urusan
import dan eksport dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Apabila Malaysia
menjalinkan hubungan luar, ekonomi global dapat berkembang melalui perdagangan
bebasdan pertukaran wang asing juga turut meningkat.Keadaan ini dapat
meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya bersaing di peringkat global.Pemindahan
teknologi melalui projek usahasama mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat
melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar Pandang ke Timur.
1 Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar
Antara usaha –usaha yang perlu
dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia
juga boleh mengadakan
pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh
dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Negara
kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat
multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama
industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan
Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.
Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara
lain.
Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat
Sweden.
Mengadakan mesyuarat
/ perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan persefahaman antara Negara. Mengadakan kerjasama
pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan
Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat
untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di
persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .
Bertukar-tukar
pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain
itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan
ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha
lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain
dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda
peperangan seperti Syria.
Selain
itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam
mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza /
Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi
membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala
Malaysia
juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar
.Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan
persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia
juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan
senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita
manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak
melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga
turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia
telah menganjurkan Festival Makanan,
Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang
dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di
Malaysia.
Sejauhmanakah dasar luar
Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia ia
dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hal ini berlaku kerana
adanya semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia
dengan negara luar tanpa mengira kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Pengukuhan perpaduan ini jelas
terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi
di Jepun negara kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan
kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada
semua mangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia yang
mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis
perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Selain itu juga bagi mewujudkan
perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas lunas yang
terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan
perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang
mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan
berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang
mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera
kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara
lain.
Selain
itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.
1
1 Jelaskan
cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara luar pada era globalisasi
hari ini
Cabaran pertama yang dihadapi
oleh negara kita ialah perbezaan ideologi antara negara
mewujudkan jurang persefahaman yang luas
antara negara.Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan
mazhab yang berbeza.
Cabaran yang kedua ialah
cabaran untuk mengekalkan hak negara.
Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan
menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Selain itu, Malaysia juga
menghadapi cabaran untuk mengekalkan
kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan
Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Seterusnya Malaysia
menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja
asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk
rakyat tempat terhad.
Cabaran yang terakhir ialah
jenayah merentasi sempadan.Contohnya
penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit
dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Antara langkah yang boleh
dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling
menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya
hubungan dua hala supaya ideology yang
berbeza tidak menjadi penghalang
Langkah yang kedua
mengatasi cabaran ialah negara-negara
yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah
Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.
Seterusnya bagi menghadapi
cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai
alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Bagi menghadapi cabaran
keempat,penguatkuasaan undang-undang
yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan
kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan
rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Untuk
mengatasi cabaran kelima,kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu
masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu
Malaysia juga mengukuhkan kerjasama
dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa
menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
Iktibar
yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
Iktibar yang
diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi
dan demografi.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara
kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan
secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh
Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman
dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil
iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak
dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara.
Membuat
kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
(a).
Pengetahuan yang diperolehi
(b). Nilai-nilai murni dan
unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia
(c). Harapan menjadikan
bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Berdasarkan tajuk yang dibincangkan,
Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan
sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan
negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
Nilai-nilai murni dan
patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan negara ialah sentiasa
bekerjasama dan bertoleransi untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.
Sebagai rakyat Malaysia,
kita berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia
kerana sumbangan mereka dihargai pemimpin luar
Untuk menjadikan bangsa
yang cemerlang, kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab
terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.
Dasar-dasar luar Malaysia
mampu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain di dunia
melalui amalan semangat setia kawan dan rasional dalam membantu menyelesaikan
masalah dunia