26 October 2015

Kertas 3 Sejarah SPM 2015


Assalam .. moga adik-adik cikgu semua sihat, ceria, bersemangat dan ‘tak sabar’ nak menduduki peperiksaan SPM 2015 .. seminggu je lagi kan ..

Oh ya,  berikut sedikit perkongsian berkenaan persoalan  yang berkemungkinan boleh ditanya dalam TUGASAN SPESIFIK  berkenaan tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM nanti.

Sebagaimana adik-adik semua tahu, Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM tahun ini.

 
Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.


Tema ini diambil dari Tingkatan 5 Bab 2

Antara persoalan yang perlu diberi perhatian ..


Kertas 3 Sejarah SPM
Apakah maksud Nasionalisme?
Latar belakang yang membawa kepada penentangan pemimpin tempatan terhadap British
Faktor-faktor Penentangan Pemimpin Tempatan
Peristiwa Campur Tangan British dan Penentangan Pemimpin Tempatan di Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
Cara/Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.
Tindak Balas Pihak British Terhadap Kebangkitan Pemimpin Tempatan
Sebab Perjuangan Pemimpin Tempatan Tidak Berjaya
Strategi Yang Perlu Dilakukan Agar Penentangan Berjaya
Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh generasi  sekarang.
Cara-cara untuk menunjukkan semangat nasionalisme terhadap negara.
Kepentingan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
Tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan Negara
Ciri-ciri warganegara Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada pengamalan semangat nasionalisme
Tindakan British menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan adalah tidak wajar. Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme rakyat Malaysia pada hari ini semakin hilang.
i.      Faktor-faktor semangat nasionalisme semakin hilang
ii.     Bukti semangat nasionalisme semakin hilang
iii.    Kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme
Apakah usaha kerajaan memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
i.              Cabaran / halangan anda untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda / rakan sekolah
ii.             Cadangan anda untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda / rakan sekolah
i.              Situasi yang boleh menggugat dan dan mengancam kedaulatan negara
ii.             Langkah mengatasi
Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji.
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :
  1. Pengetahuan yang diperoleh
  2. Nilai-nilai Murni
  3. Unsur Patriotisme
  4. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil


* Perhatian: Selain 2.1 (persoalan di atas), cikgu syorkan adik-adik baca, fotostat dan cari juga bahan-bahan / sumber-sumber berkenaan 2.2 (rujuk buku teks Tingkatan 5 Bab 2)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search