Assalam
.. moga adik-adik cikgu semua sihat, ceria, bersemangat dan ‘tak sabar’ nak menduduki
peperiksaan SPM 2015 .. seminggu je lagi kan ..
Oh
ya, berikut sedikit perkongsian
berkenaan persoalan yang berkemungkinan boleh ditanya dalam TUGASAN SPESIFIK berkenaan tema Umum Kertas
3 Sejarah SPM nanti.
Sebagaimana
adik-adik semua tahu, Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM tahun ini.
Tema Umum: Kemunculan
dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin
tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri
di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Tema
ini diambil dari Tingkatan 5 Bab 2
Antara
persoalan yang perlu diberi perhatian ..
Kertas 3 Sejarah SPM
|
Apakah maksud Nasionalisme?
|
Latar belakang yang membawa kepada penentangan
pemimpin tempatan terhadap British
|
Faktor-faktor Penentangan Pemimpin Tempatan
|
Peristiwa Campur Tangan British dan
Penentangan Pemimpin Tempatan di Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah
|
Cara/Strategi
perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.
|
Tindak Balas Pihak British Terhadap
Kebangkitan Pemimpin Tempatan
|
Sebab Perjuangan Pemimpin Tempatan Tidak
Berjaya
|
Strategi Yang Perlu Dilakukan Agar
Penentangan Berjaya
|
Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang
wajar dicontohi oleh generasi sekarang.
|
Cara-cara untuk menunjukkan semangat
nasionalisme terhadap negara.
|
Kepentingan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat
|
Tanggungjawab dalam mempertahankan
kedaulatan Negara
|
Ciri-ciri warganegara Malaysia yang
mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
|
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil
daripada pengamalan semangat nasionalisme
|
Tindakan British menghapuskan kebangkitan
pemimpin tempatan adalah tidak wajar. Berikan alasan anda.
|
Semangat nasionalisme rakyat Malaysia pada hari ini semakin
hilang.
i.
Faktor-faktor semangat
nasionalisme semakin hilang
ii. Bukti semangat nasionalisme semakin hilang
iii. Kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme
|
Apakah usaha kerajaan memupuk semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat.
|
i.
Cabaran / halangan anda untuk memperkasakan semangat
nasionalisme dalam kalangan generasi muda / rakan sekolah
ii.
Cadangan anda untuk memperkasakan semangat nasionalisme
dalam kalangan generasi muda / rakan sekolah
|
i.
Situasi yang boleh menggugat dan dan mengancam
kedaulatan negara
ii.
Langkah mengatasi
|
Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang
dikaji.
|
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah
dibincangkan :
|
* Perhatian: Selain
2.1 (persoalan di atas), cikgu syorkan adik-adik baca, fotostat dan cari juga bahan-bahan /
sumber-sumber berkenaan 2.2 (rujuk buku teks Tingkatan 5 Bab 2)