Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua …
Moga
pelajar-pelajar adik-adik cikgu semua sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira
selalu.
Maaflah
lama cikgu tak keluarkan entri baru kat blog cikgu ni. Maklumlah kebelakangan
ini cikgu sibuk sangat. Sibuk sana sini, bengkel sana bengkel sini .. dan
bengkel itu tak lain tak bukan, BENGKEL SEJARAH SPM.
Kebelakangan
ini, banyak juga bengkel sejarah yang telah cikgu hadir. Cikgu terlibat dengan
bengkel sejarah untuk pelajar SPM, baik pelajar ‘kategori cemerlang’ mahupun
pelajar kategori ‘berpotensi lulus’. Kena rancang strategi yang berlainan untuk
kedua-dua kategori pelajar ini.
Oh
ya, cikgu rasa sudah sampai masa untuk cikgu kongsi bab-bab / tajuk-tajuk yang
pelajar semua perlu beri perhatian yang lebih untuk SEJARAH SPM TAHUN 2013 ini.
Jangan terlalu taksub okey!. Jadikan tajuk-tajuk hasil analisis yang cikgu buat
ini sekadar untuk berikan semangat dan keyakinan untuk pelajar semua
mengulangkajinya. Jadikan ia sedikit panduan tentang tajuk mana yang perlu
diberi bacaan & perhatian yang lebih sedikit.
Ingat!
tidak ada seorangpun yang tahu apa soalan sebenar yang akan keluar dalam
peperiksaan Sejarah SPM tahun 2013 ini. Kita semua sekadar boleh menganalisis
soalan-soalan SPM tahun-tahun sebelumnya saja.
Apa
yang penting kena usaha lebih, kemudian berdoa dan tawakal padaNya ..
insyaAllah ..
Berikut
adalah bab / tajuk nya. (cikgu bagi tajuk Tingkatan 4 dulu okey. Tajuk
tingkatan 5 cikgu bagi kemudian)
Tingkatan 4
(Baca lebih sikit BAB 1,2,5,7,8,10)
* Bab lain baca sebagai back up.
Bab
|
Tajuk
|
|
1
|
Baca:
1. Makna Tamadun & ciri-ciri tamadun
2. Tamadun Hwang Ho
-
ciri-ciri Tamadun Hwang
Ho
-
sumbangan Tamadun Hwang
Ho
|
|
2
|
Baca:
1. Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun
- Pemerintahan dan Pentadbiran (Politik)
- Perundangan
- Perluasan Kuasa Asing
- Peningkatan Ekonomi
- Peningkatan Sosial
|
|
3
|
Baca (back up)
1. Pengaruh Hindu Buddha
-
Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu Buddha
-
Pengaruh dalam sistem pemerintahan
-
Pengaruh dalam seni dan sastera
2. Kerajaan Agraria & Maritim (2007,2009)
|
|
4
|
Baca (back up)
1.
Penyebaran Islam di Makkah
2. Nabi Muhammad s.a.w
Menyelesaikan masalah
|
|
5
|
Baca:
1. Perjanjian Aqabah 1 & 2
2. Piagam Madinah (maksud, kandungan dan kepentingan)
3. Penyebaran Islam (strategi, Peperangan dan Prinsip
Perang dalam Islam)
4. Pembukaan semula Kota Makkah & Kepentingannya
|
|
6
|
Baca (back up)
1. Kerajaan Abbasiyah
|
|
7
|
Baca:
1. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
- Cara-cara Kedatangan
Islam di Asia Tenggara, peranan pedagang, pemerintah dan mubaligh)
2. Pengaruh Islam di Asia Tenggara
|
|
8
|
Baca:
1. Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya dan
ekonomi & pendidikan
2. Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai
|
|
9
|
Baca (back up)
1. Zaman Gelap
2. Zaman Reformation
|
|
10
|
Baca
1. Dasar British
terhadap tanah
2. Dasar British dan Kesan terhadap ekonomi negara
-
kemasukan buruh
-
cara-cara kemasukan buruh
3. Ekonomi Dagangan |
5 comments:
spm sejarah wajib lulus ...
benda yg xpernah berlaku dlm hdpku kena ambil tahu ㅣaㅣaㅣa ~ ~ ~ Lumrah kehidupan
terima kasih banyak cikgu...saya sangat gembira bahawa cikgu berusaha untuk anak murid cikgu yang ingin mendapat A+ dalam sejarah spm 2013.. <3
Hmm..lebih kurang sama dengan ramalan JPN negeri Kedah..btw,Thanks
asalammuikum cgu,,, cgu bila ramalan tingkatan 5?
Hu,knapa x birukan tajuk zaman gelap???.he.
Post a Comment