21 August 2012

Spot Soalan Sejarah SPM 2012 ...

Menghitung hari .. SPM dah makin dekat ..


Assalam dan salam sejahtera .. 

opss!! hari raya punya pasal ... lupa cikgu nak bagi tajuk-tajuk Sejarah SPM yang cikgu janji pada minggu lepas tu. Okey di bawah ini adalah antara tajuk-tajuk yang perlu pelajar berikan perhatian dan tumpuan yang lebih sikit semasa mengulangkajinya. Tapi ingat jangan spot mati-matian dah okey!! risau juga cikgu. Sebab hakikat yang sebenarnya cikgupun tak tau dan rasanya tak ada sesiapapun yang tau tajuk-tajuk yang akan keluar dalam kertas sejarah SPM pada tahun 2012 ini. Apa yang boleh kita usahakan ialah menganalisis bab & tajuk-tajuk. Jangan lupa doa padaNya .. 

Gerak hati cikgu .. insyaAllah .. 

Ini tajuk-tajuk tingkatan 4 hasil analisis yang cikgu buat  … 

*(Tajuk-tajuk tingkatan 5 cikgu keluarkan kemudian nanti  k )
 
Bab
Tajuk Tingkatan 4
2

Baca:
1. Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun (  * sila fokus lebih pada Tamadun India tapi jangan lupa Tamadun China juga)
- Pemerintahan dan Pentadbiran (Politik)
- Perundangan
- Perluasan Kuasa Asing
- Peningkatan Ekonomi
- Peningkatan Sosial

3

Baca
1. Pengaruh Hindu Buddha
-          Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu Buddha
-          Pengaruh dalam sistem pemerintahan
-          Pengaruh dalam seni dan sastera

5
Baca:
1. Perjanjian Aqabah 1 & 2
2. Piagam Madinah (maksud, kandungan dan kepentingan)
3. Penyebaran Islam (strategi, Peperangan dan Prinsip Perang dalam Islam)
4. Pembukaan semula Kota Makkah & Kepentingannya
* Hijrah (2005) – baca juga

7
Baca:
1. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
-          Cara-cara Kedatangan Islam di Asia Tenggara
2. Pengaruh Islam di Asia Tenggara

8
Baca:
1. Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya dan ekonomi & pendidikan
2. Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai

2 comments:

Anonymous said...

X kena satu pown.. Huhu :'(
Tahun ni susah!!

Anonymous said...

kertas 2 spm sebenar dah di tukar. sb, kertas sejarah yg asal didapati bocor. so, kertas ke 2 (simpanan) dikeluarkan. ramai yg x dpt jawab...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search