15 April 2012

Format baru sejarah SPM 2013



Baru-baru ini cikgu menghadiri mesyuarat Penataran Pentaksiran Format Baru SPM 2013. Yup! sebagaimana yang telah kita maklumi, pelajar tingkatan 4 tahun ini akan diwajibkan lulus sejarah pada tahun 2013. Kalau gagal maka tak dapatlah sijil SPM. Oleh itu, pelajar-pelajar SPM tahun 2013 jangan ambil mudah tentang subjek sejarah okey!! Mesti belajar rajin-rajin. Mesti lulus!!.

Ada sedikit perubahan berkenaan kertas sejarah.

Soalan Objektif masih kekal 40 soalan. Soalan struktur juga masih kekal sama, iaitu 4 soalan. Cuma soalan esei ada sedikit tambahan iaitu dari 5 soalan menjadi 7 soalan. Maknanya pelajar ada banyak pilihan. 7 soalan tapi kekal pilih dan jawab 3 soalan saja!! bestkan!!!

Cuma ada ditambah satu tugasan kertas 3. Tugasan ini diberi sebulan awal kepada calon. So pelajar ada masa sebulan untuk ulangkaji, buat nota, cari sumber .. dan kemudian jawabnya dalam peperiksaan sebenar. Apa yang bestnya kertas 3 sejarah ini adalah 'OPEN BOOK TEST'. PELAJAR DIBENARKAN BAWA APA JUA SUMBER, BAHAN, BUKU, MAJALAH, AKHBAR, RISALAH DAN SUMBER ILMIAH KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN. PELAJAR DIBENAR TENGOK BUKU!!! Wow!!! bestnya!!!! hehe ..

Berikut contoh Tugasan Kertas 3 Sejarah. Sekadar contoh je ya ..


Diberikan kepada calon sebulan lebih awal

Kertas Sejarah 1249/3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Tugasan untuk calon

TEMA 7 – HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 
TAJUK 7.2 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
I. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar ,majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II. Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.


6 comments:

* Sodium Liew * said...

boleh tak saya minta skema bagi soalan ini ? terima kasih =)

Jannah Zai said...

minta skema pleesssssssssss..

i'm a student said...

huhu,, nasib bdk SPM candidate 2013 la.. tahun kita tahun experiment,,buat macam mana.. apa2 pun,,mintak tolong guru2 ajar kami jawab soalan ini..

Anonymous said...

open book pun tak senang and 3 jam tak cukup. haha

PUZPAYATHI GOVINDASAMY said...

tolong sertakan skema jawapan.terima kasih

Anonymous said...

Sebulan awal? Sekolah saya bagi seminggu sebelum exam week! T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search