Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..
Aduhai rindunya .. Lama
cikgu tak bersama pelajar-pelajar di sini. Sebenarnya cikgu ada, cuma iyalah
cikgu ni agak sibuk kebelakangan ini. Banyak terpaksa hadir kursus dan bengkel.
Tak lain tak bukan, bengkel sejarah le.
Bukan itu saja, malah terlibat juga sebagai hakim pertandingan sejarah anjuran
PPD dan juga JPN. Alhamdulillah semua dah selesai setakat ini le. Hehe ..
(sebenarnya banyak lagi program sejarah cikgu kena buat. Maklumlah cikgu ni kan
telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Sejarah peringkat Negeri (bukan cikgu
nak tapi apakan daya telah dilantik sejak beberapa tahun lalu).
Okeylah adik-adik
pelajar-pelajar cikgu sekalian. SPM 2014 dah dekatkan. Tentu adik-adik
pelajar-pelajar cikgu sekalian duk
tengah berjuang ... mengulangkaji ... siang malam …
Sekarang dah tiba masanya
cikgu nak bagi sedikit perkongsian
TAJUK-TAJUK SEJARAH YANG SEDAP UNTUK DIBERI FOKUS YANG SEWAJARNYA PADA TAHUN INI.
Tapi sebagaimana pesan cikgu seperti tahun-tahun yang lepas juga, adik-adik
pelajar-pelajar semua janganlah terlalu berharap dan bergantung sepenuhnya pada
tajuk-tajuk ini okey. Anggaplah ia sebagai antara tajuk yang perlu diberi
perhatian yang lebih dan dibuat ulangkaji yang berterusan sikit. Ingat!! Cikgu
bukan seorang penggubal soalan SPM. Bukan Lembaga … Hehe ..
Berikut adalah hasil
analisis yang cikgu buat. Cikgu bagi tajuk-tajuk Tingkatan 4 dulu ya. Nanti
cikgu bagi yang tingkatan 5 pula.
SUB-TAJUK
BAB 1 Tamadun Hwang Ho
(Ciri-ciri dan sumbangan)
BAB 2 Tamadun China - Aspek Peningkatan Tamadun
Tamadun India - Aspek Peningkatan Tamadun
Tamadun India - Aspek Peningkatan Tamadun
BAB 5
(i)
Perjanjian
Aqabah 1 dan 2
(ii)
Hijrah
(iii)
Piagam
Madinah
(iv)
Penyebaran
Islam (strategi, peperangan dan prinsip perang
dalam Islam)
BAB 6
(i)
Kerajaan
Bani Abbasiyah
(ii)
Baca
juga (back up): Zaman Khalifah
BAB 7
(i)
Penyebaran
Islam di Asia Tenggara (cara-cara kedatangan
Islam, peranan
pedagang, mubaligh dan pemerintah)
(ii)
Pengaruh
Islam di Asia Tenggara
BAB 8
(i)
Pengaruh
Islam dalam bidang politik, sosiobudaya,
(ii)
Pengaruh
Islam dalam perdagangan dan sistem cukai
BAB 9
(i)
Zaman
Gelap di Eropah
(ii)
Zaman
Reformation
(iii)
Revolusi
Perindustrian
(iv)
Kesan
Dasar British (aspek perbandaran, kesihatan dan
Pendidikan vernakular)