Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Wow!! Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 dah keluar? ops!!
bukan soalan. Jangan salah faham ya adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua.
Sebenarnya yang keluar ialah Tema Umum Kertas 3.
TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama
Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah
menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Nampaknya Tema dari bab 9 Tingkatan 5 yang menjadi pilihan
pihak LPM kali ini.
Melalui tema umum ini, adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua
dah boleh buat persiapan sebenarnya. Bincang ngan cikgu adik-adik, kemungkinan
soalan-soalan yang boleh ditanya berkenaan tema umum di atas. Fokus terutama
tajuk “Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif
dalam pertubuhan serantau”.
Sebagaimana pelajar sedia maklum, Tema umum Kertas 3 kali
ini akan keluar 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan. (Sebelum ini dimaklumkan satu
bulan awal tapi nampaknya dipercepatkan sikit oleh bahagian LPM. Baguslah tu.
Lagi cepat lagi bagus. Pelajar-pelajar semua ada masa yang panjang untuk bersedia
dengannya sebelum tarikh peperiksaan sebenar SPM.
Pelajar-Pelajar semua, sepatutnya TEMA UMUM KERTAS 3 SEJARAH
SPM dah berada dalam tangan pelajar-pelajar semua okey. Bincang ngan cikgu adik-adik .. bincang ngan
kawan-kawan sekelas akan kemungkinan 8 soalan (tugasan spesifik) yang akan keluar dan
ditanya pada hari peperiksaan sebenar nanti.
Tindakan yang pertama sekali yang perlu pelajar semua buat
ialah fotostat halaman buku teks berkenaan tema umum / tajuk di atas, Tindakan
seterusnya, cari, rujuk dan kumpulkan semua bahan / perbagai sumber yang berkaitan tema di atas.
Fotostat, print jika ada sumber berkaitan dengannya terutama 5 soalan KBKK yang
akan ditanya nanti.
Berikut
adalah tugasan Sejarah Kertas 3 (Tema Umum) yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.
2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut
dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam
minggu sebelum tarikh peperiksaan.
ARAHAN
KEPADA GURU
1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada
calon enam minggu sebelum tarikh
peperiksaan.
2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan
dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.
4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan
yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak
membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.
5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan
sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan
surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum
dan membuat persediaan awal sebelum hari
peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk
mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang
berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku
teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks,
bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke
dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa
alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah
tidak mengganggu calon lain.
TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan
bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.