18 October 2012

Spot Soalan Sejarah SPM 2012 Pilihan Negeri-Negeri


Sejarah SPM 2012 … Sejarah SPM 2012 ..

Apa khabar semua? aduhai .. lama cikgu tak keluarkan entri. Maklumlah cikgu sibuk sikit kebelakangan ini. Dengan kelas harian, tuesyen .. program gerak gempur, pecutan akhir, tuesyen malam untuk pelajar asrama ..  

SPM dah dekatkan .. so cikgu kena berikan perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar cikgu. Cikgu nak mereka semua berjaya dengan cemerlang dalam SPM kali ini.


Kepada pembaca blog cikgu semua, di sini cikgu ingin kongsikan bab-bab dan sub tajuk sejarah SPM 2012  yang menjadi pilihan negeri-negeri. Berdasarkan pilihan tajuk-tajuk ini, bolehlah pelajar membuat perbandingan bab-bab / sub tajuk yang menjadi pilihan negeri-negeri. Ini sebagai tambahan dan persiapan pelajar semua okey ..

oh ya, jangan baca saja .. yang penting buat catatan, baca dengan lebih detail sikit dan ingati isi-isi / fakta sub-sub tajuk berkaitan okey!!!

nota: insyaAllah, entri seterusnya cikgu akan keluarkan bab-bab dan sub tajuk sejarah yang menjadi pilihan negeri-negeri untuk tingkatan 5 pula ..

Bab-Bab & Sub Tajuk Sejarah SPM 2012 Yang Menjadi Pilihan Negeri-Negeri

TINGKATAN 4

Bab 1 (TAMADUN AWAL)

Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )

1.                  Dua buah dinasti yang memerintah
2.                  Sumbangan
3.                  Kemajuan dalam pertanian
4.                  Usaha membangunkan sektor pertanian


Bab 2 (PENINGKATAN TAMADUN

Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)

1.                  Sumbangan dalam ekonomi - pertanian dan perdagangan  
2.                  Monumen tinggalan sejarah
3.                  Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.                  Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.                  Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.                  Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.                  Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.                  Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)

Bab 3 (TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA)

Kerajaan Maritim ( KEDAH TUA DAN SRIVIJAYA) ( JPN KEDAH )

1.                  Faktor perkembangan
2.                  Srivijaya sebagai kerajaan maritime
3.                  Kemajuan dalam bidang perdagangan (KBKK)

Pengaruh Hindu dan Buddha ( NEGERI SEMBILAN )
1.                  Cara kedatangan
2.                  Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran kerajaan awal
3.                  Mengapa perlu pertahankan institusi berja di Malaysia (KBKK)

Bab 5 (KERAJAAN ISLAM DI MADINAH)

Hijrah ( KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN,
MERSING )

1.                  Maksud
2.                  Sebab hijrah
3.                  Peristiwa hijrah
4.                  Kepentingan hijrah
5.                  Piagam Madinah
6.                  Cara nabi Muhammad s.a.w sebar Islam di Madinah
7.                  Iktibar peristiwa hijrah (KBKK)
8.                  Ciri-ciri kepimpinan nabi (KBKK)

Pembukaan Semula Kota Makkah     ( PERAK )
1.                  Faktor Pembukaan Kota Makkah
2.                  Kepentingan pembukaan
3.                  Iktibar pembukaan semula Makkah
4.                  Peperangan dalam Islam  - tujuan, garispanduan, cara elak peperangan


Bab 6 (PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN)

PertembunganTamadun Islam denganTamadun lain di dunia          ( PERAK, SBP )

1.                  Cara pertembungan
2.                  Tamadun terlibat
3.                  Kesan pertembungan
4.                  Mengapa Negara perlu tingkatkan kecemerlangan dalam pendidikan(KBKK)
5.                  Bagaimana anda membantu Negara membina kecemerlangan dalam pendidikan ( KBKK)

Bab 8 (PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT)

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu   ( TERENGGANU,MELAKA,KELANTAN)

1.                  Perana pendakwah Islam di Asia Tenggara.
2.                  Kesan dalam pemerintahan/pentadbiran dan perundangan
3.                  Kesan dalam ekonomi – perdagangan, matawang, cukai
4.                  Ciri-ciri menjadi pemimpin (KBKK)
5.                  Sumbangan bidang perdagangan kepada Negara ( KBKK)
6.                  Kesan penyebaran Islam terhadap cara hidup
7.                  Langkah mengekalkan Malaysia kuasa perdagangan (KBKK)

Bab 9  (PERKEMBANGAN  DI EROPAH)

Perkem           Perkembangan di Eropah       ( KELANTAN, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, SBP)

1.                  Zaman Gelap – maksud, sebab terjadi, ciri,  sebab berjaya keluar dari zaman gelap, mengapa perdagangan tidak berkembang
2.                  Peranan baron
3.                  Keadaan petani zaman gelap
4.                  Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan
5.                  Faktor zaman gelap berakhir
6.                  Perbandingan sistem feudal dengan Ker. Melayu Melaka.
7.                  Revolusi Pertanian dan Perindustrian.
8.                  Iktibar zaman gelap/ bagaimana mampu menyaingi kemajuan Eropah (KBKK)
9.                  Usaha bagi elakkan zaman gelap berlaku di negara kita. (KBKK)

Bab 10 (DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA( TERENGGANU)

Kesan-kesan Dasar Ekonomi
1.                  Peraturan Tanah sebelum dan selepas kedatanagan British
2.                  Tujuan peraturan tanah
3.                  Dua jenis tanah yang diperkenalkan British
4.                  Peningkatan nilai tanah masa kini – mengapa (KBKK)
5.                  Cara memajukan sector hartanah – (KBKK)


p/s – kalau pelajar amati, kebanyakan bab dan sub-sub tajuk ini adalah sama dengan yang cikgu spot .. dahpun cikgu keluarkan dalam entri cikgu sebelumnya .. selamat membaca!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search