Showing posts with label Contoh soalan kertas 3 sejarah. Show all posts
Showing posts with label Contoh soalan kertas 3 sejarah. Show all posts

21 October 2016

Kertas 3 SPM 2016


Berikut antara jangkaan soalan-soalan Tugasan Spesifik Kertas 3 SPM 2016 hasil perbincangan Jurulatih Utama dan Guru-Guru Cemerlang Kelantan.


Tabik kepada mereka. Ucapan terima kasih kepada mereka kerana menambah lagi kepelbagaian jangkaan soalan yang boleh dijadikan panduan kepada adik-adik pelajar yang akan menduduki SPM tak lama lagi.

Moga adik-adik beroleh manfaat ... dan terus mengumpul kepelbagaian sumber lagi ...


BIL
TAJUK
1
Matlamat dasar luar
2
Bentuk hubungan luar
3
Latar belakang hubungan luar
4
Asas penggubalan dasar luar
i)      Faktor sejarah
ii)     Faktor ekonomi
iii)    Faktor politik
iv)    Faktor geografi
v)     Faktor demografi
5
  Perkembangan dasar luar

  Jelaskan  tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari   
  tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)  Tahap Pertama (1957-1970)
(ii) Tahap Kedua (1972-1981)
(iii)Tahap Ketiga (1981-2003)

  Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957  
  hingga tahun 2003
(i)   Dasar Pro-Barat
(ii)  Dasar Berkecuali
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi

Perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) danTun Hussein Onn (1976-1981)
(iii)TunDr Mahathir Mohamad (1981-2003)
6
Terangkan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan negara luar.
@
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957   hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Buktikan
7
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
8
Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam  meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara
9
Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan negara lain tanpa mengira ideologi negara tersebut.?
@
Pada pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar?
10
Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap.
11
Mengapa dasar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?
12
Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Negara luar?
13
Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
14
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
15
Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam
meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara
luar. pada era globalisasi hari ini
16
Iktibar yang diperolehi daripada perkembangan dasar luar Malaysia
17
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a)  Pengetahuan yang diperoleh
(b)  Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme  yang diperoleh
      Ke arah memperkukuh keharmonian dan perpaduan
      masyarakat
(c)  Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia
      lebih maju

11 October 2014

SOALAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014?






 As salam .. adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Apa khabar? Cikgu harap semua sihat, ceria dan ‘tak sabar’ nak menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

SPM dah tak lama lagi. 10 November 2014 (Kertas 1 & Kertas 2) manakala 13 Nov 2014 (Kertas 3). Macamana study adik-adik? Dah habis ulangkaji? Terutama bab-bab penting ..

Baiklah cikgu rasa semua pelajar dah pun sedia maklum. Tema Umum Kertas 3 dahpun keluar. Tentu adik-adik pelajar-pelajar semua sudahpun berbincang dengan cikgu-cikgu di sekolah masing-masing. Berbincang tentang kemungkinan 9 konstruk yang akan ditanya dalam tugasan spesifik nanti.

Memang kalau kita amati TEMA UMUM .. terlalu umum sangat. Oleh itu adik-adik kena standby dan bersedia dengan pelbagai soalan yang berkemungkinan akan ditanya berkenaan tema umum berkenaan. Kena banyak bersedia dan bawa segala bahan-bahan bertulis, bercetak ke dalam dewan peperiksaan nanti.

Berikut adalah antara soalan-soalan penting yang cikgu rasa akan ditanya dalam Tugasan Spesifik Kertas 3 nanti.  Ingat!! 'YANG CIKGU RASA' .. SEBAB TAK ADA SIAPAPUN TAHU SOALAN SEBENAR, HANYA LPM JE YANG TAHU .. hehe


SELAMAT MENGULANGKAJI .. 

Ada 9 Soalan / Tugasan Spesifik akan diberi dalam peperiksaaan SPM nanti. Apapun 13 yang berikut cikgu rasa semua pelajar perlu standby ... (ohya, jgn lupa fotostat BAB 7 TING.5, BAWA SEMASA PEPERIKSAAN NANTI)

Aspek
Perincian
1
Latar belakang & Maksud demokrasi berparlimen
2
Ciri-ciri demokrasi berparlimen
3
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
4
Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong
5
Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan berikut :
  1. Badan Perundangan (Judisiari)
  2. Badan Pelaksanaan (Eksekutif)
  3. Badan Kehakiman (Legislatif)
6
Manfaat pilihan raya kepada negara
7
Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
8
Kebaikan/kepentingan/faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia
9
Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan demokrasi berparlimen
10
Usaha memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
11
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut
12
Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
13
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :
  1. Pengetahuan yang diperoleh
  2. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  3. Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia harmoni dan stabil


23 October 2013

Contoh soalan dan skema Kertas 3 Sejarah SPM 2013 (bil 1)




Assalamualaikum  & salam sejahtera ...


Adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua .. berikut satu contoh jawapan bagi soalan kertas 3 Sejarah SPM  (seandainya sama dengan soalan)



Soalan


Pada pandangan anda, apakah faedah / manfaat / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

Jawapan

Faedah Melalui ASA

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ialah dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota. Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara.

Faedah Melalui MAPHILINDO

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.

Faedah Melalui ASEAN

Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai. Negara kita juga dapat mengembangkan industri dan ini secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi. Di samping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau. Disamping itu sektor perlancongan berkembang melalui kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).

07 October 2013

Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2013 .. contoh ..



Assalamualaikum w.b.t .. dan salam sejahtera semua ..

Apa khabar adik-adik pelajar-pelajar cikgu sekalian. Nampaknya pelajar-pelajar semua tentu duk tengah sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran kan? Dah tentu .. kan SPM dah tak lama lagi. Lebih kurang sebulan je lagi .. ishh ishhhh … berdebarnya. Debar menanti saat nak masuk dewan peperiksaan … kan kan ..

Ops!! jangan kelam kabut. Rilekss okey. Cikgu percaya dan yakin dengan adik-adik pelajar-pelajar cikgu semua. Bertenang .. saat itu pasti tiba jua. Nak tak nak .. sedia atau tak bersedia … adik-adik pelajar-pelajar semua akan tetap ‘BERSAMANYA’ ..

Oh ya, nampaknya ramai yang duk tanya cikgu, soalan apakah yang akan keluar nanti dalam Kertas 3 Sejarah SPM? Tema dah keluar .. . 

TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa.
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Cikgu rasa semua orang tak tahu apakah 8 soalan sebenar yang akan ditanya dalam tugasan spesifik nanti. Apapun berdasarkan tema umum di atas tuu ..  rasanya sedikit-sebanyak dapat kita agak …

Apa yang cikgu agak? ishh tanya cikgu pula .. 

Okeylah, berdasarkan tema di atas tu .. dan hasil perbincangan cikgu ngan kawan-kawan cikgu yang lain, pelbagai kemungkinan soalan yang boleh ditanya.

Berikut yang cikgu rasa ‘kemungkinan soalan yang boleh ditanya dalam tugasan spesifik / soalan sebenar Sejarah SPM Kertas 3 nanti’ (Perhatian!!! Jangan kata soalan ini akan keluar okey. Hanya pihak Lembaga Peperiksaan  je yang tahu. hehe)

NOTA: Maaf cikgu hanya boleh bagi soalan je .. skema tuu pelajar kena cari sendiri, cuba surf internet (terutama  soalan KBKK tu - soalan no. 4,5,6 – banyak kat internet) dan bincang ngan kawan-kawan ..  (Maklum le cikgu sekarang ni teramat le sibuknya)

Mana soalan cikgu??? ish ishhh sabar le ..


Berikut adalah beberapa contoh soalan yang cikgu rasa mungkin boleh ditanya .. 



1. Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

2. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.      

@ Terangkan faktor-faktor Malaysia menjalinkan hubungan di peringkat serantau


3.  Jelaskan hubungan serantau Malaysia  melalui pertubuhan berikut;
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

@  Huraikan perkembangan Pertubuhan serantau yang disertai oleh Malaysia melalui
(i) ASA
(ii) MAPHILINDO
(iii) ASEAN

4. Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

5. Pada pandangan anda, apakah faedah / kepentingan yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam pertubuhan serantau?

@Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu pertubuhan ASEAN

@ Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau


6. Jelaskan isu / cabaran yang sering menggugat keharmonian hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau dan nyatakan langkah-langkah Malaysia dalam menghadapinya

(Isu / cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan negara serantau & langkah Malaysia dalam menghadapinya)

7. Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

8. Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan makmur 



NOTA: SELAMAT MENCARI ISI ... INSYAALLAH .. USAHA ITU ADALAH TANGGA KEJAYAAN. Nak berjaya kena usaha lebih le sikit .. tak boleh hanya duk termenung je .. hehe


 ishhh kening mata dia sama macam cikgu le ..

                  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search