29 July 2013

Soalan bocor sejarah SPM 2013?




result cam ni le pelajar akan dapat nanti ..

Soalan bocor sejarah SPM 2013? ishh ishhh .. masih adake pelajar yang percaya dengan soalan bocor? ishh ishh ..  Nasihat cikgu .. jangan percaya! nanti makan diri! Menyesal tak sudah.

Soalan ramalan sejarah SPM 2013? ishh ishhh ..   boleh baca. Tapi anggaplah macam ramalan kaji cuaca. Kadang-kadang betul kadang-kadang tak betul. hehe.

Assalamualaikum … apa khabar adik-adik pelajar-pelajar semua? Moga semuanya dalam keadaan sihat, bahagia dan gembira walaupun mungkin ada sedikit kerisauan di hati. Iya lah kan peperiksaan SPM dah semakin hampir. Mungkin pelajar  rasa diri masih tak bersedia sepenuhnya. Tapi jangan terlalu risau. Cikgu yakin pelajar semua akan beroleh kejayaan. Perasaan risau dan takut itu adalah lumrah. Semua ada dalam diri manusia.

Untuk hilangkan kerisauan dan rasa takut .. tak lain tak bukan, ubatnya ialah lebihkan usaha. Bertindak!! Jangan sekadar termenung. Jangan serah pada nasib. Pelajar perlu mengulangkaji pelajaran secara konsisten. Oh ya jangan lupa .. pelajar juga mesti ada jadual study / jadual mengulangkaji.

Sebagaimana janji cikgu, sekarang cikgu berikan ‘tajuk-tajuk penting sejarah SPM 2013 tingkatan 5 yang perlu diberi perhatian yang lebih sedikit’. Tajuk-tajuk ini hasil analisis yang cikgu buat. Sekali lagi, cikgu ulang .. “JANGAN TERLALU TAKSUB OKEY!”. Jadikan tajuk-tajuk hasil analisis yang cikgu buat ini sekadar untuk berikan semangat dan keyakinan untuk pelajar semua mengulangkajinya. Tajuk lain? baca je. Tak salah. Lagi banyak baca lagi bagus. Lagi bertambah keyakinan diri. hehe.

Selamat membaca. Selamat Mengulangkaji.
Tajuk-tajuk sejarah tingkatan 5


Bab
Tajuk
1
Baca:
1. Pengenalan Sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, Burma, Indochina, Tanah Melayu & Thailand)
2. Imperialisme Barat di Asia Tenggara – faktor & kesan

2
Baca:
1. Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia 2
- Faktor-faktor pemangkin nasionalisme
2. Gerakan Islah
3. Akhbar, Majalah, Novel penggerak kesedaran kebangsaan
4. Perjuangan nasionalisme oleh Persatuan-persatuan Melayu
5. Gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun

6. Tokoh: Rentap, Dato’ Maharaja Lela (2010), Yam Tuan Antah, Dato’ Bahaman (2010), Tok Janggut & Hj Abdul Rahman Limbong

3
Baca:( BACK UP)
1. Negeri Sembilan – Prinsip Demokrasi

4

Banyak tajuk penting dah pun keluar!
* Malayan Union (2006,  2011 ESEI), Penyerahan Sarawak kpd British (2008), Persekutuan Tanah Melayu 1948 (2009, 2012 -esei)

5
Baca:
1. Sistem Ahli
2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
 - Suruhanjaya Reid
 - Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 & Kepentingan
3. Peranan Tokoh Kemerdekaan (Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee, Tun V.T. Sambanthan
4. Pakatan Murni (2009) – Sila baca juga

* Sistem Ahli (2006), Pakatan Murni (2009)

6
Baca:
1. Faktor-faktor Pembentukan Malaysia
2. Langkah-langkah pembentukan Malaysia
-          Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
-          S/jaya Cobbold
-          J/kuasa Antara Kaum (JAK)
3. Reaksi terhadap pembentukan Malaysia

7
Baca:
1. Kuasa Pemerintahan
-          Badan Perundangan (Dewan Negara dan Dewan Rakyat), Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
2. Pilihan raya
3. Lambang-lambang Negara (Jata Negara, Bendera)

8
Baca:
Dasar Untuk Perpaduan
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
2. Akta Bahasa Kebangsaan
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4. Sukan utk perpaduan
5. Wawasan 2020

9

Baca:
1. Blok Dunia dan Perang Dingin
2. Malaysia dalam Pertubuhan SerantauASA, MAPHILINDO, Peranan & sumbangan Malaysia dalam ASEAN, ZOPFAN.
3. Cabaran Masa Depan – Globalisasi (2010), ICT, Koridor Raya Multimedia, K-ekonomi, K-masyarakat
4. Dasar Luar dan Faktor penggubalan Dasar Luar Malaysia
5 * Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa (PBB, Komanwel dan OIC – baca juga sebagai back up)





24 July 2013

Tajuk-tajuk Penting Sejarah SPM 2013: Suatu Analisis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua … 

Moga pelajar-pelajar adik-adik cikgu semua sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira selalu.

Maaflah lama cikgu tak keluarkan entri baru kat blog cikgu ni. Maklumlah kebelakangan ini cikgu sibuk sangat. Sibuk sana sini, bengkel sana bengkel sini ..  dan bengkel itu tak lain tak bukan, BENGKEL SEJARAH SPM. 

Kebelakangan ini, banyak juga bengkel sejarah yang telah cikgu hadir. Cikgu terlibat dengan bengkel sejarah untuk pelajar SPM, baik pelajar ‘kategori cemerlang’ mahupun pelajar kategori ‘berpotensi lulus’. Kena rancang strategi yang berlainan untuk kedua-dua kategori pelajar ini. 

Oh ya, cikgu rasa sudah sampai masa untuk cikgu kongsi bab-bab / tajuk-tajuk yang pelajar semua perlu beri perhatian yang lebih untuk SEJARAH SPM TAHUN 2013 ini.  Jangan terlalu taksub okey!. Jadikan tajuk-tajuk hasil analisis yang cikgu buat ini sekadar untuk berikan semangat dan keyakinan untuk pelajar semua mengulangkajinya. Jadikan ia sedikit panduan tentang tajuk mana yang perlu diberi bacaan & perhatian yang lebih sedikit.

Ingat! tidak ada seorangpun yang tahu apa soalan sebenar  yang akan keluar dalam peperiksaan Sejarah SPM tahun 2013 ini. Kita semua sekadar boleh menganalisis soalan-soalan SPM tahun-tahun sebelumnya saja. 

Apa yang penting kena usaha lebih, kemudian berdoa dan tawakal padaNya .. insyaAllah ..  

Berikut adalah bab / tajuk nya. (cikgu bagi tajuk Tingkatan 4 dulu okey. Tajuk tingkatan 5 cikgu bagi kemudian)


Tingkatan 4    

(Baca lebih sikit BAB 1,2,5,7,8,10)
* Bab lain baca sebagai back up.



Bab
Tajuk
1
Baca:
1. Makna Tamadun & ciri-ciri tamadun
2. Tamadun Hwang Ho
-          ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
-          sumbangan Tamadun Hwang Ho

2
Baca:
1. Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun
- Pemerintahan dan Pentadbiran (Politik)
- Perundangan
- Perluasan Kuasa Asing
- Peningkatan Ekonomi
- Peningkatan Sosial

3

Baca (back up)
1. Pengaruh Hindu Buddha
-          Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu Buddha
-          Pengaruh dalam sistem pemerintahan
-          Pengaruh dalam seni dan sastera
2. Kerajaan Agraria & Maritim (2007,2009)
4
Baca (back up)
1.    Penyebaran Islam di Makkah
2. Nabi Muhammad s.a.w Menyelesaikan masalah

5
Baca:
1. Perjanjian Aqabah 1 & 2
2. Piagam Madinah (maksud, kandungan dan kepentingan)
3. Penyebaran Islam (strategi, Peperangan dan Prinsip Perang dalam Islam)
4. Pembukaan semula Kota Makkah & Kepentingannya

* Hijrah (2005), Perjanjian Hudaibiyah (2008) – baca juga

6

Baca (back up)
1. Kerajaan Abbasiyah

7
Baca:
1. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
-   Cara-cara Kedatangan Islam di Asia Tenggara, peranan pedagang, pemerintah dan mubaligh)
2. Pengaruh Islam di Asia Tenggara

8
Baca:
1. Pengaruh Islam dalam bidang politik, sosiobudaya dan ekonomi & pendidikan
2. Pengaruh Islam dalam perdagangan dan sistem cukai

9
Baca  (back up)
1. Zaman Gelap
2. Zaman Reformation
10
Baca
1. Dasar British terhadap tanah
2. Dasar British dan Kesan terhadap ekonomi negara
-          kemasukan buruh
-          cara-cara kemasukan buruh
3. Ekonomi Dagangan












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search