14 July 2012

Petua Menguasai Subjek Sejarah

ermm camana agaknya nak bagi pelajar lebih memahami dan menguasai subjek sejarah? Pelbagai kaedah telah dan boleh digunakan oleh cikgu-cikgu.

Bagi aku, apa kaedahpun yang penting mesti berfokuskan kepada pelajar. Pelajar perlu lebih memainkan peranan ..

Berikut adalah salah satu kaedah yang aku praktikkan. Pelajar diberi sub-sub tajuk secara berkumpulan. Mereka dibekalkan pen marker pelbagai warna dan kertas mahjong. Secara berkumpulan, bermula dari perbincangan, mencatat isi-isi penting dari buku teks dan melakar secara peta minda ..  hasilnya pelajar didapati lebih mampu untuk menguasai isi-isi ..  dan merekapun kelihatan agak seronok ...

Makin seronok apabila sesi pembentangan kumpulan ... 
Tengok gaya, mereka boleh jadi cikgu atau pensyarah suatu hari nanti ..


p/s - walaupun peringkat awalnya ada pelajar agak gementar .. lama-lama 'alah bisa tegal biasa'. Mereka makin hebat .. dan yakin diri ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search